Sudilah menjadi teman

Isnin, 22 Disember 2008

Bercamping dihalaman rumah...


Hari ini sejak dari awal pagi setelah kami bersarapan, mama sekeluarga sudah mula bersiap2 memasang khemah dikawasan taman rumah..Bising sungguh mulut anak2 ketika sibuk memasang khemah bersama ayahnya.Rupanya taklah sesusah yg disangka (atau jenis khemah kami memang mudah untuk dipasang he3 ).Actually perancangan untuk berkhemah sudah dibuat sejak 2 minggu lepas.Akibatnye hampir setiap hari anak2 bertanya bila mama dan ayah nak berkhemah..Minggu ini ayah ambil cuti hari Isnin untuk melunaskan janji yg dibuat..Ceria sungguh muka anak2..Mama dan zati sibuk menyediakan bahan masakan yg bakal dimasak diluar rumah..Kami gunakan kuali dan periuk lama (iskh takkan nak gunakan kuali non-stick baru mama,takut berjelaga bontotnye ,jenuh pula menyentalnya he3).Semua makanan dimasak sendiri oleh ayah dan anak2 mengunakan api kayu (seperti biasa dengan dibantu oleh mama juga),bersemangat anak2 memasak .Makanan tengahari kami simple sahaja seperti nasi putih,ikan asam pedas,telur goreng dan sausages.(mama jadi pemerhati bagi menentukan apa yg perlu dimasukkan dan menentukan samaada masakan sudah masak)..Ayah asyik memanggil nama mama shj..sikit2 panggil mama.Takut masakan tak menjadi katanya.Tengahari tadi kami makan dengan berselera sekali..
Waktu petang pula, ayah beli udang untuk dipanggang ,manakala mama sudahpun perapkan ayam yg juga bakal dipanggang.Yang pastinya perkhemahan kali ini amat mengembirakan kami sekeluarga..Inilah antara perkara2 yg mama dan ayah, mahu anak2 jadikan ingatan (ingatan gembira bersama family).Ayah memang suka benar bab panggang memanggang ni( rindu bermain api sebenarnya..bukan mudah nak menyalakan api kayu arang ni)..Menu masakan lainnya ialah kerabu mangga,air asam,ikan tenggiri goreng.Untuk makan malam kami sekeluarga makan bersila beramai2..Seronok sungguh rasanya.Mama lihat semua ahli family makan dengan penuh berselera sekali..Hati mama terasa berbunga riang..Inilah makna serumpun cinta kami..
Malam ini pula khemah terpaksa dibawa masuk kedalam rumah atas dasar keselamatan..Ini adalah kerana anak2 bertegas nak merasa tidur dalam khemah. So, mama dan ayah terpaksalah ambil keputusan untuk membawa khemah ke ruang tamu(nasib baik ruang tamu agak lapang).

5 ulasan:

Suzi berkata...

budak2 mesti seronok aktiviti mcm ni...kan?
syok tu...

zureen @ mama berkata...

Memang seronok sgt,lagipun tak perlu keluar duit transport he3..

Mr. Dori berkata...

seronoknye.....kak ita jadi mandor la ye. Bagus2 aktiviti mcm nie. Masak2..camping2.....bestnya

zureen @ mama berkata...

Itulah kalau mr.chipsmore and mrs chipsmore nak join pun lebih meriah..

Tanpa Nama berkata...

kak zureen...
so sweetla xtvt akak sekorga..