Sudilah menjadi teman

Jumaat, 20 November 2009

Debaran sudah terasa..

Memang mama ni terlebih-lebih sungguhlah...awatnya nak start berdebar-debar,padahal lama lagi tu...

Apa yg lama lagi tu ??? UPSR lah..Tahun depan Amin pula yg akan menduduki UPSR 2010.. Bila dengar anak -anak rakan blog dapat keputusan yg cemerlang spt Ck Lah dan Kak Ain... Mama ada rasa sedikit kecut perut (boleh ke macam tu??he3..overrrrlah mama ni)

Mama kena mula buat persediaan (nampak sgt mama lebih risau berbanding anaknya...he3). Nak kena minta tips daripada para ibu yg cemerlang ni..Boleh??

Dengarnya bulan Disember ni..sekolah Amin dah start ada kem UPSR..huh cepat jugak ianya bermula..Tapi dari Amin tak buat apa2 kat rumah, better hantar dia kesana..ada juga manfaatnya.

11 ulasan:

Tirana berkata...

Anak kak tirana pun ada yang nak ambil upsr tahun depan

zureen @ mama berkata...

Nampaknya anak kita sebaya kak Tirana..he3

ckLah @xiiinam berkata...

Berdoa tanpa putusnya....


Jangan tekan dia sangat...
Anak ckLah pun bukannya seorang budak yang rajin mengulangkaji, cuma dia memang tumpu masa di kelas...
kelas tuisyen pun tak ada....dia belajar secara on-line saja...masa dia lebih banyak dihabiskan dengan mengakses internet...dan menggodam pc dia....sampai CPU dia tak permah bersarung....bimbang juga ckLah tengok!

ain berkata...

biasalah zu..bila anak2 nak peksa besar, mak yg over gelabah. Akak mmg gabra ngan ikram ni. dia berbeza ngan kakak dia. Ikram mmg kena beri tumpuan yg xtra. dia bijak cuma kurang fokus.

Persediaan awal mmg perlu. Sekrg ni bdk2 pandai dah terlalu ramai. so u kena jd yg terbaik di kalangan yg baik. Berikan sokongan dn dorongan, tengok di mana kelemahan dia, di situ penekanan adalah perlu. Jgn lupa utk mengulangkaji setiap hari wlu pun hanya 1 jam shj. Selalu buat latihan intensif utk paper 2, terutama bhs msia. sediakan satu target khusus utk markah seiring dgn kemampuan. Kalau boleh biarlah 90 ke atas selalu. Hantar tution jika perlu, kalau tak ajar je kat umah. itu lebih berkesan pd akak. Hantar ke kelas2 motivasi supaya semangat utk berjaya selalu mekar dlm diri. Akak selalu ceritakan kat anak2, manisnya bila berjaya!! now they tasted it!!!

Selebihnya berdoa selalu. Buat solat hajat dan yasin hajat. Keberkatan juga perlu. Insyaallah pasti akan berjaya!!!

naz ilyn berkata...

salam... dorongan dan berdoa sepanjang masa... isyaAllah.

zieha berkata...

dulu time kite , skrg giliran ANAK kita..hehehe..semoga berjaya:)

zureen @ mama berkata...

Terima kasih Ck Lah..

Kelas online pun macam bagus juga kan..

zureen @ mama berkata...

Nampak sgt gelabah mak berbanding anak kan Kak Ain..

Terima kasih atas tips yg diberi..

zureen @ mama berkata...

InsyaAllah kak Naz

zureen @ mama berkata...

Entah2 time kita dulu..emak2 pun gabrah sama juga..he3

Thanks Kak Zieha..

Sasha berkata...

Byk masa utk buat persediaan... kena siap sedia, x leh leka