Sudilah menjadi teman

Khamis, 2 September 2010

Lalat Goreng Garing...

Sejak mula berpuasa mama masak sendiri makanan untuk berbuka ..Lebih ekonomi kot.Tapi entah mimpi apa agaknya mama semalam, teringin benar nak makan beriani kambing .Macam terasa-rasa ditekak..he3.

Dah pergi bazar Ramadhan takkan nak beli untuk diri sendiri sahaja..Maka anak-anak pun dioffer nak makan apa..mama belanja katanya (walaupun pada akhirnya ayah yang bayar semuanya).

Mama yang pada mulanya nak makan beriani kambing bertukar arah ke beriani daging saje (sbb baru perasan diri sendiri tak makan kambing..:) ).Untuk anak2 mama belikan nasi tomato berlaukkan ayam goreng dan ayam merah..

Sewaktu berbuka tiba-tiba Sara menjerit.."Mama dalam nasik Sara ada insect..".Mama yang cuba untuk tidak mematahkan selera mereka yg lain ..cepat-cepat mengcover baik punya..."Lalat ni baru masuk kot ni.."..Padahal lalat itu sangatlah garing ,akibat digoreng garing ..huhuhu..

Terasa serik pulak dibuatnya..Takpelah dah rezeki Sara dapat insect goreng garing..Lain kali takmo beli lagi ye..

Daging beriani mama pun sangatlah keras (tercabut gigi dibuatnya..)..

6 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

InsyaAllah.

zureen @ mama berkata...

Terima kasih Ck Lah..

azieazah berkata...

Kadang2 bila kita beli, kita rasa macam dah bersih tetapi ada juga gerai yang ambilmudah soal kebersihan...

Masa tu baru fikir, masak sendiri lagi yakin.

black_mel berkata...

hurm..selalu kalau beli sendiri kedai mmg diaorang buat alakadar jer soal kebersihan pun x dititik beratkan..

KTS berkata...

camana agaknya rasa lalat goreng garing tu??

ihihihi..


.
.

moral of de stori...
-masak lalat sendiri eh.. silap.. masak lauk sendiri lbh terjamin kebersihannya :D

Tirana berkata...

tu la yang buat kak tirana fikir berpuluh kali sebelum beli. Segelintir peniaga (bukan semua) tidak peduli kebersihan makanan yang diorang masak sbb diorang sendiri bukannya makan apa yang diorang masak. Diorang masak cincai2 asalkan dapat untung.