Ini gara-gara bila kita bela betina pujaan dirumah (actually tak bela pun..tapi dah puas di halau dengan pelbagai cara tetapi still nak jugak duduk disini..).Sekarang ni si jantan selalu benar merayau-rayau sekitar rumah..Nak mengoratlah tu..
TAPI yang tak seronoknya ialah... Si Jantan (beberapa ekor kuning, kelabu , hitam dan tompok-tompok..) telah menandakan kawasan meraka..Part ni yang mama agak kureng selesa..Tanda kat pintulah..kat perabotlah...Penat ayah bayar ansuran rumah ni..Si Jantan durjana tu sibuk nak mengaku pintu rumah kami mereka yang punya..
Agaknya kucing kuning betina yang duduk rumah mama, memang menjadi PUJAAN..he3
BUT kalau Si Jantan menandakan tempat kat Avanza mama ..hmmmm agak2 apakah yang bakal terjadi????....
Ada petua tak nak elakkan kucing tu kencing merata2...sengsara hidung dibuatnya..huhuhu..
7 ulasan:
Kami bela Eimou....jantan mengada-ngada tu...
Tapi, dah 3 anaknya, dari betina yang selalu datang ke rumah. Miang betul betina tu.
:)
musim la tuu hehe
Ck Lah..biasanya Si Jantan jarang kena bertanggungjawab..Lagipun tak sure jantan yg mana satu punya angkara..huhuhu..
Kami jugalah yg akhirnya kena bela anak2 kucing itu..
Si Betina tu kiranya mcm perigi cari timbalah ye..he3
Zamz..agaknya dah masuk musim tengkujuh kot...hmmmm..
Benda ni memang berlaku di kediaman kak Zai,diorang ingat ada share dengan laman yang bermati2an kak Zai jaga,dahlah meninggalkan kesan dan bau,sedap2 dating lagi kat laman tu heeee..grrr.
kak Zai.
Kak Zai..mcm nak minta bayar separuh je kan..he3
Salam kenal..
mama, apa kata sebelom sempat dia menanda mama simbah je air.. ain selalu nampak je kucing2 miang + gatal.. tak kesah jantan ke betina mmg siap aku pancut dgn pili air.. tapi kalu dapat tangkap.. ain mandikan depa.. gosok2 kan dia.. pas mandi dia terus lari x dtg2 lagik
Catat Ulasan