Sudilah menjadi teman

Isnin, 29 September 2008

Mood beraya sedang memuncak..

Hari ni merupakan hari ke-29 berpuasa ,Ramadhan hampir ke penghujungnya..
Esok mama sekeluarga akan pulang ke Johor..seronok rasanya.Baju dah siap dikemas malahan dah masukkan dlm kereta lagi.Ayah ada juga menegur mama kerana terlalu cepat masukkan brg2 dlm kereta..Mama hanya mampu tersengih..Tengah semangat nak balik kg ni..dah lama tak menyambut hari raya pertama di kg mama di Johor tu..dah bertahun sambut dahulu dikg ayah..bukannya ayah tak adil ,cuma mama sendiri lebih suka ayah ambil turn dulu..Raya pertama di kg ayah lepas tu raya ke-2 sampai ke-5 atau ke-6 kg mama pula..Bukankah lebih untung ambil turn raya ke-2(he3..pandai bab2 politik rumahtangga ni)..Cuma tahun ni saje nak tukar suasana..ayah sebenarnye tak kisah sgt raya kat mana2 pun(mama kisah he3)..
Dah byk rancangan yg di atur sepanjang raya pertama dan kedua nanti(kita merancang Allah jua yg menentukan).Pagi raya seperti kebiasaannya selepas solat subuh ada takbir raya beramai2 sekeluarga..lps tu sebelum solat hari raya pula ada mkn dipagi raya sekeluarga..penuhlah lantai dgn ahli keluaga..lps tu busy layan suami2 dan mrk2 yg nak solat aidil fitri.Biasanye slps solat mrk akan menziarahi pusara ..
Para isteri di rumah sibuk menyiapkan anak2 dan diri sendir sbb biasanya bila pihak lelaki balik ada pula acara salam-bersalaman dipagi raya..waktu ni sahdu sikit..nak salam pun ikut giliran tau..Kalau family mama pun gilirannya agak last jugak sbb anak ke-9 so faham2 ajelah..last sikit turnnya..masa turn kami org2 tua dah berbasahan dgn ayer mata..(waktu selalu fikir nak ckp apa ye??)..Lepas majlis salam-salam biasanya ada acara yg paling ditunggu oleh anak2 iaitu pemberian duit raya..he3 teringat zaman masa dpt duit raya..
Selepas settle acara tu barulah beraya dirumah sedara mara bermula..dari pagi sampai ke mlm kadang2..Hari kedua pula biasanya ada Marhaban.dari rumah kerumah (perempuan shj sbb org2 tua lelaki dah ramai dijemput Illahi maka tak cukup ahli nak buat)...so cuma buat utk perempuan shj.
Ingatkan nak ajak Zati,Hani dan Sara ikut sekali join Marhaban kali ni..biar mrk ada kenangan tentang raya dikg..Apapun mama akan update peristiwa sepanjang beraya dikg nanti..
Buat mereka yg membaca blog mama..diucapkan selamat hari raya maaaf zahir dan batin..
Hargailah setiap detik bersama mrk yg kamu sayangi sbb kita tidak tahu bila akan dijemput Ilahi..Wassalam

Tiada ulasan: