Sudilah menjadi teman

Jumaat, 24 Oktober 2008

Hampir merdeka..

Exam anak2 hampir tamat..merdekalah mama lps tu.Seminggu ni hampir kesemua masa dihabiskan dengan membuat revision bersama Zati dan Amin.Harap2 semua anak2 mama boleh menjawab dengan baik kali ini..Apapun keputusannya ,asalkan sudah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakkal kepada Allah..sudah memadai bagi mama.
Esok mama sekeluarga akan balik ke Kg Sg.Besar sbb adik apar lelaki hendak melangsungkan perkahwinannya.Isterinya org Sg.Besar juga,cuma lain Parit sahaja..Parit 5 bertemu jodoh dengan Parit 2..senang nak balik raya(yeke?)Mama pun dah siap beli baju hijau khas utk majlis kawen tersebut..yelah terpaksa juga beli sebab ipar duai semua pakat nak pakai hijau.(Warna tema sebelah perempuan purple sementara sebelah lelaki hijau).Mama memang takde baju kurung hijau dlm koleksi(he2)

Tiada ulasan: