Sudilah menjadi teman

Selasa, 4 November 2008

Cabaran buat mama..


Semalam rasa stress sungguh masa mengajar hani , susah sungguh hani nak mendapat apa yg mama ajarkan..Nak buat macammana, bukan salah dia pun (mungkin cara pemikirannya agak berbeza).Mama dah banyak surf di internet berkaitan dengan masalah hani..Mama rasa hani a bit dylexia..even mama belum buat test utk dylexia,simptom2 yg ditunjukkan memang menunjukkan dia seorang dylexia..Kalau zaman dulu mesti org akan gelarkan dia sebagai lembap,tapi actually dia mungkin dylexia.

Ada juga mama baca satu blog yg mana anaknye pun disyaki dylexia. Mama belajar serba sedikit dari blog tersebut utk mengetahui cara2 terbaik utk mengajar kanak2 seperti itu..Yang penting mesti banyak BERSABAR dan BERDOA..usaha utk mengajar pun kena BERLEBIHAN berbanding kanak2 lain..Kalau budak lain ajar 2 kali dah dpt..maybe dia 10 kali baru boleh dpt..Tapi takpelah,kalau bukan kita yg berusaha utk menolong anak2 ,siapa lagi nak tolong.Mungkin hani bukan tergolong dlm budak2 yg pandai but mempunyai kelebihan yg lain..

Sabtu ini hani ada test utk menentukan kelas tahun satu..mama tak harap hani masuk kelas pandai seperti amin dan zati..yg penting dia dimasukkan dlm kelas yg sesuai dgn pencapaiannya skrg..At least kelas yg betul akan dpt membantu..Mama bimbang hani rasa rendah diri dan stress bila tak dpt follow rakan2 sekelas..

Mama dan ayah selalu berbincang pasal masalah hani..Mama jadikannye sebagai satu ujian dr Allah dan sebagai satu cabaran utk mama..Mama selalu ingatkan diri akan kisah "arnab dan kura2..walaupun arnab memang laju berlari manakala kura2 agak lembap bergerak..diakhir kisah kura2lah yg sampai dahulu dipenghujungnya..Kura2 tiada sifat putus asa dan sentiasa ingin memajukan diri walaupun terpaksa berusaha lebih berbanding pesaingnya ..Kekurangannya yg lembap bergerak tidak dijadikan alasan utk tidak berusaha ke garisan penamat..Begitulah kanak2 dylexia, yg penting kita sebagai parents mesti memberikan sokongan dan bantuan yg terbaik utk mereka..KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI..

2 ulasan:

Suzi berkata...

salam zureen...
cubalah gi buat test utk tentukan tahap disleksia hani...mungkin dgn cara tu lagi senang utk ambil tindakan lanjut.
saya pun blm buat lagi coz kat sini agak mahal kalau buat sendiri...tunggu pihak sekolah uruskan...tak tahu bila...
betul tu ni ujian Allah buat kita...
ni ada satu cikgu yg mengajar kelas pendidikan khas dan ada anak murid dia tu disleksia...ni link http://sedetikhati.blogspot.com/...azza namanya (atau mungkin zureen dah tahu)
nanti blhlah kita berkongsi2 pengalaman ye...

Royalshoppingarcade berkata...

itu gambar hani ke?
comelnya dia..tapi ramai org2 yg pandai skrg ni (dan terkenal) ada dyxlexic.(sekadar kongsi my info).
thanks for dropping by my blog(http://royalshoppingarcade.blogspot.com).nanti email me at royalshoppingarcade@gmail.com ya for payment info.thanks!