Sudilah menjadi teman

Khamis, 13 November 2008

Virus menyerang mama...

Nampaknya hari ni mama kena byk berehatlah..sbb kena virus selesema since semalam.Petang semalam jenuh menunggu ayah balik utk minta tolong takeover anak2..Tapi ayah tak boleh balik awal sbb ada meeting waktu petang.Ayah belikan mama tomyam dan ubat selesema(thanks ayah).Tapi maaflah ayah sbb mama takde selera langsung nak mkn tomyam tu,kepala berat sgt.Sebaik shj solat isyak,mama terus mkn ubat selesema dan tidur sampai pagi..Anak2 pun masing2 faham mama tak berapa sihat, so lepas dinner terus buat kerja masing2 dlm bilik.
Pagi ni masa solat subuh badan sengal2, nak rukuk penuh pun tak boleh..Ayah dah pesan supaya mama berehat shj hari ini..suruh masak yg simple2 shj utk lunch anak2,utk dinner ayah akan belikan ..(terima kasih kerana memahami).Ayah tak boleh cuti utk jaga mama coz ada meeting hari ni,so ayah pesan pada Hani dan Zati utk tengok2kan mama..(boleh ke?).
Semalam mama dpt kain dr Ina(anak sedara ayah),angannya nak cuba buat baju blouse labuh sendiri..Mama sedang dlm mood nak belajar jahit blouse ni..Maybe oneday kalau dah pandai boleh buatkan utk anak2 perempuan.Sukalah baju blouse labuh berbanding T-shirt lengan panjang..boleh latih anak2 perempuan menyukai pakaian yg sopan dan menutup aurat sedari kecik.
Mama rasa kalau kita tak biasakan anak2 menutup aurat sedari kecil ,susah nak melatihnye bila besar.Yelah org kata melentur buluh biarlah dr rebungnya.Itu yg menguatkan azam mama utk belajar buat blouse ni..

Tiada ulasan: