Sudilah menjadi teman

Jumaat, 16 Julai 2010

Maaf ..Saya Bukan Pembaca Minda..

Kadang-kadang tak faham sikap sesetengah manusia yang mahu kita buat-buat tahu apa yg ada dalam fikiran mereka..

Maaf, saya tidak dilahirkan dengan kebolehan membaca minda orang..Contohnya pemandu dihadapan kereta saya yang membelok suka suki tanpa memberi signal ..dengan andaian saya boleh membaca minda mereka..Kalau rasa orang lain boleh baca minda anda..silalah CABUT lampu signal ok..(boleh??)

Maaf sekali lagi..saya bukan dilahirkan dengan kebolehan membaca minda orang..Contohnya jika kita sayang atau marah kat seseorang tu..ucapkan sahajalah perkataan sayang atau marah itu..Tak payah suka suki assume orang lain boleh baca minda anda..(letih tau cuba baca minda orang ni...boleh terbakar otak cuba memikirkan apa yg anda fikir...boleh faham??)

Wah! terlebih emosi pula....

8 ulasan:

Unknown berkata...

salam mama zureen,

kakchik dapat rasa apa yang zureen rasa sebab pernah melalui kedua-dua situasi contoh tu.

istighfarlah lah ya. kalau nak ikut rasa geram memang sakit hati tak sudah dengan orang2 begitu.

p/s: meriahnya nuffnang kat sini.

Tirana berkata...

Kadang-kadang ada pemandu yang bagi signal nak ke kanan, tiba-tiba dia belok kiri...hehehe

Zaitun berkata...

Kalau pasal bab signal kak Zai dah muak,agaknya pemandu ni ramai yang guna lesen terbang kot...

Hanisah Safian berkata...

memang bahaya kalau x bagi signal!

zureen @ mama berkata...

Salam Kak Chik..

Memang kena banyak2 bersabar..

zureen @ mama berkata...

Kak Tirana memang sgt bahaya kalau tak beri signal ni..

zureen @ mama berkata...

Kak Zaitun...agaknyalah tu..he3

zureen @ mama berkata...

Memang bahaya tak beri signal ye ..pemandu2 sekalian..