Sudilah menjadi teman

Rabu, 21 Julai 2010

Waktu Kritikal , Baru Nak Perasan ...

Hari ni akan ada tetamu dari Johor yang akan datang bertandang kesini..Family Mak Uda akan tidur disini malam nanti , sebab esok nak menghantar anaknya melanjutkan study ke Yaman..

Buat Anaz tanhiah Mak Ita ucapkan..Mendoakan yang terbaik buat kamu..

Memandangkan ada tetamu yang akan datang ,maka berbagai-bagai menu makanan telah dirancang .Bahan-bahan basah pun dah start dikeluarkan . Mood masak pun dah meluap-luap.

Aktiviti memasak pun telah dimulakan sebentar tadi...but jeng jeng jeng sesuatu yang tidak disangka (tak sangka sangatlah tu..he3..) ...BARU SEDAR GARAM SUDAH HABIS...huhuhu..

Penting juga garam walaupun harganya murah sahaja..

Nampaknya kena beli dulu garamnya baru boleh proceed aktiviti masak memasak itu..

Seperti setiap insan didunia ini punya peranan masing-masing..Walaupun kadangkala nampak remeh tapi mungkin tanpa mereka kesulitan boleh terjadi..Contohnya tukang sapu sampah,kalau mereka tak menjalankan peranan yg diberi..tentu kawasan perumahan akan semak dengan dedaun kering...Thanks kakak sapu sampah..

5 ulasan:

NARDtheNERD berkata...

benda yang kecil boleh memberi makna yang besar.
=))

Tirana berkata...

selamat memasak....Kak Tirana hari Sabtu ni kena memasak...ada orang order nasi tomato, ayam masak ros dan dalca daging. Kena make sure garam ada..hehehe

Zaitun berkata...

Jangan pandang remeh pada benda2 yang kecil.



Tumpang lalu....Tirana ada buat katering ke?

Purpleheart berkata...

yelah walaupun nampak ringan tapi tak ada garam apa yg sedapnya kan?

KTS berkata...

tak ada garam, tak sempurna la masakan...

penting garam tu

:D