Sudilah menjadi teman

Jumaat, 24 Disember 2010

Akhirnya Kau Ku Tinggalkan...

Setelah sekian lama kita bersama..Tidur bersama..Mandi bersama..Makan bersama ..Berblogwalking bersama..Pendek kata sentiasa bersama..Dalam apa juga yang aku lakukan..

Namun hari ini , tanpa sedikit pun kekesalan malahan sedikit gembira kau ku tinggalkan ..Mungkin telah ditakdirkan kita tak serasi bersama..Walaupun agak terlambat sebenarnya untuk aku menyedari bahawa kita tak berapa serasi bersama , jalan yang dipilih ini mungkin yang terbaik...BUAT AKU..

Terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan selama ini..Mungkin ada akan ada masanya nanti aku akan merindui saat-saat tatkala bersama kamu..

Saat ini luka perpisahan kita masih terasa...Tapi pastinya sakit itu akan hilang dan luka itu akan sembuh jua..Semuanya perlukan masa..

Selamat tinggal IMPLANON ku....ku tinggalkan kamu di DEMC ..pada pagi tadi..

1 ulasan:

azieazah berkata...

Mana ZUREEN ni.. lama tak update blog..