Sudilah menjadi teman

Ahad, 12 Jun 2011

Tabung Gigi Sara...

Hari ni selepas kami sekeluarga kenyang makan malam diluar (walaupun tak berapa nak sedap) ...Bukan rezeki dapat makan sedap petang ni kata ayah...so terimalah dengan rela hati ye..positif mesti mahu ada ok....untuk elak sakit hati...he3)

Setibanya kat rumah Sara mengadu gigi depannya dah terasa goyang...Ayah kata kalau dia berjaya cabut sendiri dapat RM sepuluh ..Sepantas kilat Sara dok mengoyang gigi yang sedia goyang itu..Tak sampai setengah jam..berjaya tanggal ...ngeri mama tau..

Dan sepantas kilat terus claim duit sepuluh ringgit yang dijanjikan tadi..Sara kata dia nak buat tabung GIGIlah...Sara sangat berbakat untuk menjadi DENTIST sebab ini kali kedua dia cabut gigi goyangnya sendiri...Anak-anak lain sanggup tunggu cabut kat dentist jugak..

Suddenly..Si bongsu Shamel berkata "Shamel pun nak patahkan gigi jugalah...(wah! ini sudah tak betul ...).Hanya cabut gigi yang memang dah goyang sesangat sahaja OK..

2 ulasan:

AIN NAZRI berkata...

hahahaha chomel.. shamel nak patahkan gigi yang x rosak.. aduuhh salah konsep laa shamel.. tapi kiut... bagus laa tak takot nak cabut gg

azieazah berkata...

Wahhh... sudah salah cabar daaa... Cabut gigi dapat saploh hengget. Habis nak dicabutnya semua gigi. wakakakaka

budak oh budak...

Jatuh Chenta Pandang Pertama: “Haruskah Ku Bilang Chenta?”