Sudilah menjadi teman

Selasa, 9 Ogos 2011

Nak Hisap Sahaja?????

Tahun ni Si Bongsu Shamel dah start berlatih berpuasa..(walaupun sahurnya ikut waktu breakfast seperti selalu iaitu pukul 8.00 pagi).Kadang-kadang waktu sahurnya boleh mencapai pukul 9.30 pagi kalau dia terlambat bangun..huh!

Cuaca tengahari ni sedikit panas berbanding selalu..Yelah memandangkan dia jadi co-driver (peneman duduk dibelakang je pun..he3), maka berpanas kejaplah jugak dlm kereta (aircond pasang full force..he3)

Balik sekolah setelah ambil kakaknya...

Shamel : Mama boleh beri Shamel gula-gula tak?Shamel nak HISAP jer..takmo MAKAN..
Mama : Mana boleh hisap gula-gula nak oiii...sama ajelah dengan makan maknenya..
Shamel : Oh! yeke...(putus harapan sudah....)

2 ulasan:

Y a T C i E berkata...

hehe!shamel comel!

zureen@mama berkata...

Mamanya kan comel gak kak yatie..he3