Sudilah menjadi teman

Selasa, 14 Ogos 2012

Tarikh ini..20 tahun yang lalu..

Mama masih ingat dengan jelas apa yang berlaku pada tarikh ini 20 tahun yang lalu..Masih terdengar-dengar bunyi dentuman yang kuat itu ..Dentuman yang meranapkan hati mama..Masih terlihat-lihat serpihan bumbung yang berselerakan diatas lantai ..Masih teringat dan terdengar-dengar jeritan memanggil bantuan jiran-jiran  ..Masih kuat dalam ingatan raut wajah bapak waktu itu...

Waktu itu ...saya ada disitu..menyaksikan segala-galanya..Takkan bisa terhapus dari ingatan tragedi hari itu..Menjelang Asar bapak dijemput Ilahi...hilang sudah tempat bermanja..Al-Fatihah buat bapak..

Rindu berpanjangan ....

1 ulasan:

AIN NAZRI berkata...

alfatihah buat ayah mama. sabar laa mama. insyaAllah ayah mama bahagia di samping org2 beriman..