Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Cuti persekolahan 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti persekolahan 2008. Papar semua catatan

Isnin, 22 Disember 2008

Bercamping dihalaman rumah...


Hari ini sejak dari awal pagi setelah kami bersarapan, mama sekeluarga sudah mula bersiap2 memasang khemah dikawasan taman rumah..Bising sungguh mulut anak2 ketika sibuk memasang khemah bersama ayahnya.Rupanya taklah sesusah yg disangka (atau jenis khemah kami memang mudah untuk dipasang he3 ).Actually perancangan untuk berkhemah sudah dibuat sejak 2 minggu lepas.Akibatnye hampir setiap hari anak2 bertanya bila mama dan ayah nak berkhemah..Minggu ini ayah ambil cuti hari Isnin untuk melunaskan janji yg dibuat..Ceria sungguh muka anak2..Mama dan zati sibuk menyediakan bahan masakan yg bakal dimasak diluar rumah..Kami gunakan kuali dan periuk lama (iskh takkan nak gunakan kuali non-stick baru mama,takut berjelaga bontotnye ,jenuh pula menyentalnya he3).Semua makanan dimasak sendiri oleh ayah dan anak2 mengunakan api kayu (seperti biasa dengan dibantu oleh mama juga),bersemangat anak2 memasak .Makanan tengahari kami simple sahaja seperti nasi putih,ikan asam pedas,telur goreng dan sausages.(mama jadi pemerhati bagi menentukan apa yg perlu dimasukkan dan menentukan samaada masakan sudah masak)..Ayah asyik memanggil nama mama shj..sikit2 panggil mama.Takut masakan tak menjadi katanya.Tengahari tadi kami makan dengan berselera sekali..
Waktu petang pula, ayah beli udang untuk dipanggang ,manakala mama sudahpun perapkan ayam yg juga bakal dipanggang.Yang pastinya perkhemahan kali ini amat mengembirakan kami sekeluarga..Inilah antara perkara2 yg mama dan ayah, mahu anak2 jadikan ingatan (ingatan gembira bersama family).Ayah memang suka benar bab panggang memanggang ni( rindu bermain api sebenarnya..bukan mudah nak menyalakan api kayu arang ni)..Menu masakan lainnya ialah kerabu mangga,air asam,ikan tenggiri goreng.Untuk makan malam kami sekeluarga makan bersila beramai2..Seronok sungguh rasanya.Mama lihat semua ahli family makan dengan penuh berselera sekali..Hati mama terasa berbunga riang..Inilah makna serumpun cinta kami..
Malam ini pula khemah terpaksa dibawa masuk kedalam rumah atas dasar keselamatan..Ini adalah kerana anak2 bertegas nak merasa tidur dalam khemah. So, mama dan ayah terpaksalah ambil keputusan untuk membawa khemah ke ruang tamu(nasib baik ruang tamu agak lapang).

Ahad, 14 Disember 2008

Rombongan ke Petrosains

Hari ini mama sekeluarga bersama mak anjang sekeluarga ditemani cik adi pergi ke Petrosains di KLCC.Actually family mak anjang dah sampai pada sabtu malam lagi dari JB..So pagi Ahad tadi selepas siap bersarapan kami terus bertolak ke KLCC(Rombongan sejumlah 17 orang..wahh ramai sungguhlah)..Anak2 mak anjang ada 5 then anak2 mama pun ada 5 juga..hmm total kids pun dah 10..meriah sungguhlah..Kami sampai di KLCC tepat pukul 10 pagi but,sesampainye kami disana memasing nak ke toilet kat Masjid as-Syakirin tu..kami bernasib baik dtg awal sikit ke Petrosains tu sbb org memang punyelah ramai..agak seronok jugalah..terutama utk anak2..Di Petrosains banyak perkara yg boleh dipelajari oleh kanak2 berkaitan sains..Selepas habis meronda petrosains tu ,sempatlahkami shopping souvenier..Kopak duit mak bapah..he3

Pada mulanye nak makan di KLCC but org ramailah sesangat..so kenalah kami makan ditempat yg lain sahaja..Sebelum kami jalan2 cari makan ..kami solat zohor dahulu..masa mama habis solat mama perasan hujan mulai turun..Mama pecut selaju2nya sambil maintain kesopanan..he3.Orang2 lain dah sempat masuk kereta dulu..Wah..sejukknye(masa tu bimbang sebab hani ada asma sikit..mungkin sejuk plus penat plus lapar kot)..
Kami memutuskan utk makan di Pizza Hut Kota Damansara..all kids sempat tertidur sepanjang perjalanan kesana..yelah hujan punyelah lebat,maka tak boleh bawa laju..dah pandu dengan penuh berhati2 dan berhemah sbb family mak anjang follow kami dari belakang.Kami makan dengan puasnya disana..bermacam2 menu yg budak2 order..Alhamdulillah syukur..Thanks Mak Anjang sbb belanja kami semua.Malam ni semua orang tidur awal sbb kepenatan berjalan..Dinner pun makan simple2 sahaja sbb kami semua dah kekenyangan..
Esok mak anjang dan familynya akan bertolak pulang ke JB..but sebelum tu maybe kami nak ke IKEA..(itupun kalau Pak Anjang tak penatlah..hmmm).
Mama dan mak anjang memang rapat sikit berbanding adik beradik yg lain..So happy sangat dapat spent time with her family..I love your kak Anjang..muah3..

Selasa, 9 Disember 2008

Mood berkebun sudah mari..

Semenjak dari awal pagi ayah dah start berkebun ditaman rumah.Takung berisi daun kunyit dan ulam2 habis di tukarnya..siap tanam yg baru.Mama tengok shj sbb kurang minat nak tanam2 ni.BUT suka tgk rumah penuh dgn pokok2..he3(mengalahkan mandor..)Kalau bab beri ilham dan cadangan ubah suai ,mama nombor satu but utk menjayakannya ayahlah kena buat..Lagipun ayah memang suka keluarkan peluh melalui berkebun..Mama suka mengeluarkan peluh dengan bersauna dalam bilik..(sambil tgk TV..kuang3).
Pada mulanya ikut plan nak daftarkan hani ke sek qistina tu but tutup pula..Nak berjalan2 tak sesuai pula sbb ada orang yg masih dlm pantang..(kehulu kehilir mengusung kain pelikat..) Isnin minggu depan birthday mama,so harapnya amin dah habis berpantang waktu tu..karang adik2 makan Pizza Hut,amin melopong ajelah tengok..he3.Ayah kata next week gerenti dah ok InsyaAllah.
Buat Mr.Chipsmore,terima kasih sbb membantu..nanti kalau nak tapau lagi jgn lupa bawak 'bekas tapau' balik umah mama wokay..Sekarang mama dah start buat list barangan persekolahan..uihh..byk juga.Next year dah 3 org anak mama yg masuk sekolah rendah.Hani kami masukkan sek swasta ,so every month RM300++ dah pasti punye.takpelah duit boleh dicari ,ketenangan hati anak dan kami yg penting..
Rasanya nak ajak ayah pergi kedai bahan2 keklah petang ni(kalau ayah masih ada tenaga).Banyak resepi yg nak dicuba ni..last time masa beli coklat chip utk muffin..habis kena telan oleh anak2, mcm makan kerepek shj dibuatnya..Sekali hadap licinnn..

Rabu, 19 November 2008

Sarapan apa pagi ni..


Untuk pagi ni mama buat burger daging pula utk anak2,esok mama janji nak buatkan pizza mini utk mereka pula..Selepas siapkan burger mama buatkan dadih coklat,byk juga bila dah siap(hampir 20 bekas jugalah).Store banyak2 dalam peti ais,nanti bila2 masa anak2 mama rasa nak makan boleh terus ambil dari dalam peti ais.Untuk lunch tak sure nak masak apa lagi..maybe masak ikan keli masak sambal dan sayur bayam sahajalah..anak2 pun memang suka mkn ikan tersebut(kaya dengan Omega 3 tau).

Semalam masa mama masak utk lauk tengahari ,Si Sara datang menjenguk dapur .Suddenly Sara cakap"Mama masak betul2 tau,jangan main2"....agaknya sbb dia dah start lapar dan mama memang masak agak lewat dari biasa semalam..Entah kenapa lately byk mulut juga Si Sara tu..Kalau dia lihat bakul kain kotor sudah penuh..mesti diangkatnya bakul kain tersebut kemesin basuh dan suruh mama membasuhnye..(actually anak mama yg sorang ni terkenal dengan rajin menyidai baju..memang patut dipuji).

Walaupun sekarang dahpun cuti sekolah ,Hani masih bersekolah spt biasa sbb tadikanye masih ada latihan utk hari konvokesyen pada 30hb Nov ni..Hani kata dia masuk acara berkaitan tarian ..Ayah kata kali ini kami semua akan turut serta menghadiri majlis konvokesyen Hani.Sebagai tanda sokongan kata ayah.Sebagai ahli serumpun cinta kita patut menyokong antara satu sama lain..Kalau bukan kita siapa lagi..

Selasa, 18 November 2008

Mengisi masa cuti anak2..

Pagi ni mama buat burger ayam untuk anak2 sebagai sarapan pagi, dah lama rasanya anak2 tak makan burger ayam..Memandangkan mereka mkn sarapan yg agak heavy ,so mama masak lunch lewat sikitlah hari ni..Rasanya nak masak sup ayam plus cendawan plus sayur2an..simple but complete ..Masa cuti sekolah ni mama semangat sikit nak masak sbb anak2 yg suka mkn ada dirumah..
Ahad lepas mama sekeluarga hantar Cik Ana keMelaka utk acara pengantin sebelah lelaki.Ingatkan lepas balik majlis nak pergi ronda2 Bandar Melaka but cuaca tghari tu punyelah panas..Anak2 sibuk suggestkan mama dan ayah ke zoo..nasib baik berjaya pujuk mereka ke Jusco sebagai ganti (nak sejukkan badan sebenarnya).Belikan mainan sikit ,selepas tu bertolak balik ke Shah Alam semula.
Hari ni mama nak menjahit blouse yg dah seminggu dipotong.Ada abang Amin dirumah bolehlah mama menjahit baju..kain pun byk ni.Banyak yg mama teringin nak jahit ,masa cuti inilah mama boleh buat hobi ini.
Kadang2 ayah tanye juga ..kenapa mama bersusah payah menjahit baju padahal bukannye tak mampu utk menempah baju atau membeli yg dah siap .Actually ini berkaitan dengan self satisfaction..Walaupun apa yg kita buat tidaklah sesempurna yg kedai /org lain hasilkan but kepuasan membuat sendiri memang a bit terasa..