Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet. Papar semua catatan

Selasa, 20 Oktober 2009

Gagal utk bersenam bersamaan dengan gagal utk kurus..

Hmm..beberapa hari yg lepas mama ada tengok rancangan Oprah mengenai menurunkan berat badan secara sihat ni..Actually ramai orang yg nak kurus tapi tak mahu bersenam, kalau boleh nak ikut jalan yg mudah sahaja (orang itu termasuk tukang yg menaip inilah...).

Dalam nak menurunkan berat badan mesti jaga pemakanan dan mesti juga bersenam..Yang bab bersenam itulah yg selalunya mereka nak buat2 terlupa..he3.Bukannya lama 30minit ,5kali seminggu.

Tiba-tiba teringat plak pada alat senaman yg dah berhabuk dlm bilik iron bajuku itu ..huhuhu..Agaknya kalau boleh berkata-kata ,dah lama terdengar kutukan darinya sbb masa nak beli mesin senaman dulu beria-ria bebeno..Siap paksa ayah bawak pergi Carefour utk membeli itu juga..he3(waktu itu semangat bersenam berkobar-kobar)

Mama pun dah tak ingat bilakah kali terakhir mama menaiki Obitrek itu..(namanya pun dah lupe..)Namun mama akan naik tak lama lagi..(walaupun tak pasti bile wakaka,..)

Tungguuuuuu....

Isnin, 7 September 2009

Bagaimana mungkin .....

Mana mungkin sesenang itu aku melupakan kehadiran kamu dlm hidup aku selama ini..Kita bertemu hampir setiap hari..Aku mengenalimu dari kecilku sehingga kini..Mana mungkin aku melupakanmu semudah itu...Kata orang bisa saja aku mencari penganti..yg sama shj pada asasnya..Tapi mana mungkin kata hati ini.....

Kata orang nak kurus jgn makan nasi..waaaa..mana mungkin mama melakukannya semudah itu.. Dari kecil mama makan nasi.Seperti kata mak Ana..biar takde lauk asal ada nasik sudah cukup..Walau org lain kata, boleh digantikan dengan mee atau roti..Tapi bagi mama, nasi jugalah yg mama carik bila nak mkn nanti..Dah berkali mama cuba utk melupakan nasik..akhirnya mama akur jua dengan kehendak hati yg tetap mahukan nasi..

Moral of the story: Makan ajelah nasik tu tapi kurangkan sukatan pun ok juga..(ok ke??)

Rabu, 22 April 2009

The Biggest LOser..

Semalam petang mama menonton siri realiti TV "The Biggest Losser " di chanel Astro 702.Memang menjadi kebiasaan mama menontonnya slps "The Oprah "...Seronok melihat bagaimana insan2 tersebut berhempas pulas menurunkan berat badan mereka..Mama jadi bersemangat nak menurunkan berat bila tengok cerita2 positif mcm ni..

Sesi penimbanganlah yg paling mama sukeee....ialah tengok berapa byk berat org turun..(berat sendirik takut nak timbang..waaaaa..).Suddenly Sara berkata.."Mama , yg dalam Tv tu kawan mama kan??? aikk apalah motif anak mama ni?? Terkedu mendengarnya..agaknya mama kena berusaha kuruskan badanlah ni..siap kena spedo ngan Sara lagi..uwaaaa..

Mama jawab dengan muka tersengih-sengih macam kerang tak masak.." Mereka tu bukan kawan mamalah..diorang kan omputih..mana mama ada kawan omputih (jawapan coverline..)

Petang tu jugak mama start bersenam mengunakan obitrak (lupa plak ejaannya)..yg dah berhabuk sebab lama beno tak guna..(harap2 bertahanlah semangat mama kali ni..)

Moral Value: Kata-kata kadang2 lebih tajam dari senjata tau..

Khamis, 16 April 2009

Bersiaran dari bilik utama..

Sekarang ni mama tidak lagi bersiaran dari ruang makan seperti selalunya..dah berubah ke dlm bilik tidur utama ditingkat atas..Actually mama terpaksa berpindah tempat utk mengelakkan peningkatan berat badan yg tidak terkawal.Since bersiaran di ruang mkn maka secara logik byklah juga makanannya..senang nak mencapai segala mcm food masuk mulut tanpa berfikir 2 kali..buat air berkali2 juga..Sesekali timbang berat..wahhh!!! naik jarumnya....(tak boleh jadi ni..)

So, mama memutuskan utk bertukar tempat bersiaran kebilik atas..Mengapa mama memilihnya?? Sebab jauh dr sumber mknn..Kalau teringin nak mkn atau minum jadi malas sikit atau berfikir 2 atau 3 kali sbb jauh sikit..(terpakse naik turun tangga...wahhh!! byk kerja tu hanya nak masukkan benda dlm mulut..)..so harap2 jarum timbang tu akan menurunlah ye..