Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Implanon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Implanon. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2009

Top up IMPLANON baru..

Jumaat ayah ambil cuti untuk temankan mama pasang Implanon yg baru (yelah dah nak expired implanon yg dipasang 3 tahun lepas, so kenalah pasang yg baru..).Sewaktu nak masuk bilik doktor , suddenly Shamel menangis-nangis takmo masuk bersama (rasanya dia masih fobia sbb kena ambik darah kot..perasaan takutnya masih ada..)So, mama masuklah -sorang-sorang.(huhuhu)..

Actually procedure pemasangan nya tak sampai 5 minit pun.Setelah dibius seketika di area lengan, sesi memasukkan implanon pun bermula..Tak rasa sakit pun, but rasa sengal utk 2 ke 3 slps itu..(boleh buat alasan utk tidak melakukan kerja umah ni..he3).

Mama tak keluarkan implanon yg lama (nak ikutkan kena kuarkan) but dokter tu kata dia pernah kendalikan kes keluarkan implanon dlm kuantiti yg banyak sekaligus (buat apa nak sakitkan diri setiap 3 tahun sekali utk mengeluarkannya..huhuhuhu..).Nanti kalo dah ada 5 btg baru mama kuarkannya sekaligus boleh..??Boleh ajer..he3

Maka untuk 3 tahun yg akan dtg..NO baby.(huhuhu).Ayah kata kami dah cukup QUANTITY so sekarang kena fokus untuk memastikan QUALITY pulak..logik jugak.Rasanya tak fair untuk anak2 yg sedia ada , kalau sibuk nak buat adik baru tanpa memastikan mereka mendapat didikkan yg terbaik dr ibu bapa..

MORAL OF THE STORY: Kita sebagai ibubapa bukan sekadar melahirkan anak shj, tetapi kenalah memastikan didikkan yg sempurna dan terbaik diberikan kepada mereka..Inilah amanah besar yg diberikan kepada kita sbg ibu bapa.