Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Menjahit baju. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menjahit baju. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2009

JANGAN BERMIMPI LAGI MAMA ....




Petang semalam ayah berkata kepada mama..”Jangan bermimpi lagi mama..sebab apa yang mama impikan sudahpun menjadi kenyataan..Terima kasih ayah kerana menjadikan impian mama satu kenyataan..

Impian mama ialah ingin memiliki mesin jahit tepi sendiri akhirnya tercapai..Mesin ini akan memudahkan mama untuk berinspirasi dan merealisasikan impian mama..

Tak sangka begitu besar mesin ni..berat pun ye.Jadi memang akan duduk disitulah buat selama-lamanya..Mama dapat mesin jahit Singer..(memang minat jenama ini, kerana dulu mak mama pun memiliki mesin jenama ini..).Semalam orang yg pasang mesin ada bertanya samada mama nak buat bisnes..Ayah pulak yg jawab bukan mama ..“Manalah tahu satu hari nanti nak buat bisnes..Buat masa ni utk kegunaan family sahaja..InsyaAllah..(masin mulut hubby, pasti jadi kenyataan.)

Mama memilih untuk membeli jenis ini sebab lebih tahan lama (motornya tak cepat panas) dan InsyaAllah boleh dijadikan warisan kepada anak2 yg berminat nanti..

MORAL VALUE: Tiada salahnya bermimpi , sebab ianya selangkah tapak menuju kenyataan..


..Susahnya nak pasang benang ...pening kepala..waaaa..

Rabu, 1 April 2009

3 BAJU UNTUK 3 ANAK GADIS

Sara memperagakan mini kurung berseluarnya...




Mencuri sedikit masa menjahit semasa sambutan hari lahir..





Anak- anak penat menunggu pengantin......



Actually pada mulanya baju pink dalam gambar itu ,mama cuma nak buatkan untuk Sara sahaja..Tetapi memandangkan anak dara yg lagi dah menunjukkan bunga-bunga merajuk..Mama gagahkan jugalah menjahitkan lagi 2 pasang..Penat jugalah sbb menjahit baju itu dalam masa beberapa jam shj..(itupun ada selingan coz lawat jiran yg dpt cucu baru dan majlis sambutan hari lahir 2 teruna pada sebelah malamnya..)Keesokkan harinya nak pakai utk kenduri di Kg Sg.Besar..(nak tak nak terpaksa siapkan mlm itu juga..)

Baju Sara mama dah siapkan sejak hari Selasa lagi..tapi terpaksa tunggu sehingga ayah ada kelapangan utk pergi kedai kain yg sama untuk membeli tambahan kain bagi baju Zati dan Hani..Jumaat baru ayah free(hmmm..inilah akibat takut bawa keta sendirik..)

Inilah hasilnya mini kurung tersebut …walaupun tak secantik kedai punya ,ia memberi penuh kepuasan sebab dapat pakaikan anak-anak baju yg “SEDAP DIPANDANG MATA DAN HATI MAMA”..Bagi mama kalau tak terapkan kesopanan dalam berpakaian sewaktu dari kecil, bukan apa takut2 susah nak diubahnya bila dah dewasa nanti..

Untuk Sara mama buatkan baju bergandingan seluar..sebabnya Sara amatlah “bersopan” bila duduk ….Takut dia angkat kain sampai kelutut ,itulah sbb utama mama buatkan seluar instead of kain spt selalu..

MORAL VALUE: Melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Rabu, 29 Oktober 2008

Semangat menjahit sudah dtg kembali..

Dah lama tak update blog ni..Tiap2 hari buka blog,tapi asyik baca blog org lain ajer he3..Sekarang ni mama sedang bersemangat nak belajar menjahit baju semula, lepas balik dr kg Sg.Besar tempohari dapat semangat baru nak betul2 belajar menjahit..Yelah mama ada 3 org anak perempuan ,so memang berbaloi kalau pandai menjahit..Takdelah cita2 sampai nak ambil tempahan baju..at least lepas baju sendiri kira oklah....
Antara baju yg mama nak sgt belajar ialah jubah seluar, mama sedang minat nak pakai baju berseluar begitu(actually tak suka sgt pakai baju kurung).Pakai jubah seluar still sopan ape..terutama sekali kalau balik kg(yeke?)Kalau anak2 pompuan pakai pun ok rasanye,terutama sekali si sara yg tak berapa pandai nak duduk sopan2...(geram melihatnye).Kalau beli baju siap memang mahal betul skrg ni..
Semalam pun dah bincang dgn ayah utk beli mesin jahit tepi singer..senang sikit menjahit bila ada mesin jahit tepi kat rumah,tak perlu hantar kedai..nak hantar kedai kena tunggu ayah free ,so lecehlah sikit..