Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Persediaan persekolahan 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persediaan persekolahan 2009. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2009

Bila pintu terbuka..

Pintu stor yg terbuka sebenarnya..Tadi mama sibuk menyelongkar stor cari buku KAFA tahun 3 utk zati..malas nak beli yg baru ,lagipun dapatlah berjimat sikit..cume kena kuar tenaga cari buku2 tu..Mama memang berazam utk berjimat tahun ini..dan menyimpan sebanyak yg mungkin utk hari "sesak"..Masalahnya kalau dah keluarkan brg2 dlm stor,macam susah bebeno nak masukkan balik(itu tak kira perangai mama yg suka membaca majalah lama2)..Memang ambil masa betullah nak kemas balik..Waaa..sapa nak tolong mama masukkan balik brg ni??..(but masih sempat surf internet..he3)
Kadang2 brg yg kat stor itu mama dah tak gunakan lagi..but nak get rid sayanglah pulak..Tapi ada sesetengah brg2 dah plan nak beri pada Mak Ana yg dah pregnant..Barangan bayi memang banyak,dan masih elok lagi..Yelah anak pun 5 org,so memang byklah barangnya..utk baby pompuan dan lelaki pun ada semuanya..
Petang ni sambung mengemas lagi..Kiranya persiapan terakhir barangan sekolah anak2..Tinggal beberapa hari lagi sahaja..

Rabu, 24 Disember 2008

Operasi Sampul

Sekarang mama sedang membusykan diri dalam operasi sampul (sampul buku ).Bertungkus lumus menolong anak2 menyampul buku2 yg dah dibeli oleh ayah.Amin dan Zati sibuk memotong selotep untuk menyampul buku tersebut.Actually masih ada buku yg belum dpt dibeli sbb sudah kehabisan stok..Prepation persekolahan, mama kena selesaikan dlm minggu ni juga supaya bila naik sessi persekolahan ,semuanya berjalan dengan lancar.
Hari ini ada operasi memasang nametag dan lencana sekolah pula..Mana2 baju yg perlu dialter pun kena dibuat dengan kadar segera.(Cakap jer nak buat dengan kadar segera ,but mama asyik duduk depan notebook ni..entah bila pulak nak mulanya..he3)..Sahlah last minutes punye perangai..tak boleh dicontohi..he3
Barangan persekolahan mostly dah siap..cuma tinggal sikit2 shj..Termasuk persediaan mental anak2 nak naik sekolah.Yelah sebulan duduk bersenang lenang kat rumah..