Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Persediaan persekolahan 2010. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persediaan persekolahan 2010. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2009

Hari Membeli Buku Sedunia..

Hari ni kami dah rancang untuk membeli semua buku anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 2010(tinggal 2 minggu je lagi..) Ayah kena beli buku sekolah kebangsaan untuk tahun 2, tahun 4 dan tahun 6 . Mama nak ikut ayah beli buku2 tu but ayah tak beri , sbb katanya takut terpakse beratur dan tunggu lama..Kesian agaknya pada mama yg umpama puteri lilin dan suke merungut2 ni..(yelah karang sakit kaki, pastu panas..gerenti nak merungut2 sikit..bab ni yang ayah malas nak dengar..wakakaka)

Takpelah nanti buku2 sekolah tu mama akan tolong sampulkan OK ..Tapi dah terbayang betapa banyaknya buku untuk 4 orang anak ..(buku tulis, buku teks,buku latihan dll..)

Jumaat, 18 Disember 2009

8 Kaki Tapi 6 Kasut ..WHY??

Macam teka teki pulak bunyinya...Pagi ni program kami sekeluarga ialah "memborong "kasut sekolah anak-anak..Merujuk kepada Budget Perbelanjaan Persekolahan 2010 anak-anak , jelas menunjukkan bahawa ....setiap anak eligible utk dapat 2 pasang kasut sahaja....

Tetapi kenapa 8 kaki tapi 6 kasut..?? Sebab Sara kena "terpaksa" pakai kasut lama Hani yg masih elok.. Amin dpt 2 pasang ,Zati 2 , Hani pun 2 but Sara kena pakai kasut Hani ....(tak elok membazir ye tak??he3 ). Lagipun Sara langsung tak kisah pasal kasut...lebih kisah pasal pensil warna shj..(jimat duit ayah..)

Dulu masa kecik2..mama pun rasa seronok sangat setiap kali dapat kasut sekolah baru..waktu tu semangat belajar berkobar2...(selaras dengan keputihan kasut..he3).