Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya. Papar semua catatan

Khamis, 30 September 2010

Sapu sawang..

Memang lama sungguh tak menyentuh blog ni..Setiap hari lalu lalang depan rumah ni..tapi tak sempat masuk sebab sibuk masuk beraya rumah orang lain.. :)

Rumah orang lain biskut rayanya sedap-sedap belaka..he3

Selasa, 7 September 2010

Terima Kasih Cikgu..


Dapat kad raya daripada Cikgu...terima kasih cikgu, saya gantung ye..:)

Sabtu, 19 September 2009

Kad Raya Tanda Ingatan Kita..


Daripada Kak Chik..terima kasih.

Daripada Kak Ummi....




Daripada Kak Naz...


Daripada Kak Shasha....



Selasa, 15 September 2009

Kad Raya daripada Teman-teman Bloggers

Seronok bila dapat kad raya walaupun tanpa sampul dan setem..he3


Daripada Kak Zieha..


Daripada Nik Awin

Daripada Kak Suzi yg jauh diperantauan.


Daripada Kak Ain yg jauh di Johor..



Terima kasih teman-teman sbb sudi beri kad raya..Sempena Bulan yg Mulia ini, Zureen memohon jutaan kemaafan seandainya ada salah silap sepanjang perkenalan kita..

Bila Ditelan Terasa Nak Menangis....

Itulah yg mama rasa sewaktu merasa biskut raya yg mama tempah, sewaktu buka puasa mlm tadi..Rasa hampa dan nak menangis pun ada .Jauh dari apa yg mama harapkan..huhuhu..

Ayah kata dah bukan rezeki mama..hanya rezeki pembuat biskut itu sahaja..

Nak bawak pulang utk mak kat kg pun tak sampai hati tau..(yelah kalau boleh nak berikan yg terbaik shj utk bonda..Alhamdulillah, syukur ada buat biskut sendiri utk bonda,kalau tak boleh bikin stress ..he3)

Isnin, 8 Disember 2008

Berpantang Makan..

Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua umat Islam.Hari ni sepanjang hari asyik hujan sahaja,sejuk sepanjang hari .Tak byk aktiviti yg dpt mama buat selain makan ,surf internet dan titun..Kesian Amin masih terpaksa berpantang mkn, tak berani nak beri makanan yg bukan2..takut bentan pula.(bersabar ye,nanti kalau dah baik mama masakkan yg sedap2).Sejak petang Sabtu , Cik Baha dtg kemari tolong jagakan anak2 sedaranya sementara mama meluangkan masa bersama ayah diluar..Terima kasih Cik Baha, nanti kalau dah ada anak and takde babysitter kami akan tolong pula..he3.Seronok juga bila jln2 berdua2an dgn ayah,window shopping sahaja sbb duit kami reserve utk persediaan anak masuk sekolah..Tapi mama sempat jugalah beli sweater merah jenama Antioni(cantik sgt,pastu ada diskaun 50 persen tau..bestnya).Malam tu kami tengok movie 'Transporter 3' best jugak ceritanya..At first nak menonton James Bond tapi takde seat lagi..lagipun ayah kata movie 'Transporter 3' pun mcm ok juga..Seronok bila dpt meluangkan masa dengan insan kesayangan mama.
Untuk hari raya korban ini, mama masak byk menu..masak satu demi satu tanpa sedar penuh satu meja.. Antara menu masakan mama ialah nasi himpit, ayam masak merah,sambal udang ,kuah kacang berdaging,rendang daging, daging black pepper dan sayur campur(sesapa yg terasa dia masak sayur ni..sedaplah)..Utk dessert pula mama buat dadih coklat.Memang kenyang betullah..perut pun sakit dibuatnya sbb mcm2 dimakan dlm satu masa..(Bukan selalu pun..tunggu raya baru masak ,biasalah tu). Masa Cik Baha nak balik ke apartment dia, mama sempat tapaukan semua lauk pauk dan dessert.Sekarang ini berita tengah sibuk memaparkan tentang kes tanah runtuh..kesian mereka yg terlibat.Mesti byk bende yg kena difikirkan oleh mereka disaat ini..

Rabu, 8 Oktober 2008

Seronoknya raya kali ini..

Selamat hari raya buat semua umat islam..hari ni dah masuk hari ke-8 beraya.Actually dah balik ke Shah Alam ni raya ke-3 lagi.ingatkan nak balik ke Sg.Besar dan Teluk Intan hari raya ke-4 ,but bila dengar org kg nak dtg ke sini..so ditunda ketarikh yg belum dpt dipastikan..Hari ahad lepas mama buat mkn2 sikit, jemput adik2 yg duduk dekat2 dtg..Pagi2 lagi cik udin dah sampai..mama buat soto ayam(first time buat..he3)nasib baik sedap..(puji diri sendirilah tu..)tapi pukul 12/30 dah balik coz kerja ptgnye..cik baha dtg lebih kurang 12/45 tghari..tak lama lps tu cik ana dtg ngan kawannye..
Mama siap beli kek utk sambut birthday hani skali..dah jemput yen and the family but tak dpt dtg plak last minutes..so proceed ajelah buat sambutan hari jadi tu..Selamat Hari Jadi Sofea Hani yg ke-6..(7/10)
Hari isnin mama buat lontong plak..lawankan dengan kuah kacang..mak mertua dgn adik ipar datang(wah..ucu dah tukar kereta nissan 7 seater)..merancang nak anak ramai2 kot.he3.Actually adik ipar ni ,nak kawen 26/10 ni..di Sg Besar(semoga berbahagia selalu)
Hari Selasa mama cuma masak mee sotong aje..Deddy datang beraya waktu ptg dan kawan ayah sekeluarga pun dtg plak waktu malamnye selepas maghrib..Kawan ayah tu pun org Banjar juga..
Nanti mama nak tulis blog khas sempena raya..sbb gambar blom download lagi..he3
Tapi overall raya kali ni seronok sgt..

Isnin, 29 September 2008

Mood beraya sedang memuncak..

Hari ni merupakan hari ke-29 berpuasa ,Ramadhan hampir ke penghujungnya..
Esok mama sekeluarga akan pulang ke Johor..seronok rasanya.Baju dah siap dikemas malahan dah masukkan dlm kereta lagi.Ayah ada juga menegur mama kerana terlalu cepat masukkan brg2 dlm kereta..Mama hanya mampu tersengih..Tengah semangat nak balik kg ni..dah lama tak menyambut hari raya pertama di kg mama di Johor tu..dah bertahun sambut dahulu dikg ayah..bukannya ayah tak adil ,cuma mama sendiri lebih suka ayah ambil turn dulu..Raya pertama di kg ayah lepas tu raya ke-2 sampai ke-5 atau ke-6 kg mama pula..Bukankah lebih untung ambil turn raya ke-2(he3..pandai bab2 politik rumahtangga ni)..Cuma tahun ni saje nak tukar suasana..ayah sebenarnye tak kisah sgt raya kat mana2 pun(mama kisah he3)..
Dah byk rancangan yg di atur sepanjang raya pertama dan kedua nanti(kita merancang Allah jua yg menentukan).Pagi raya seperti kebiasaannya selepas solat subuh ada takbir raya beramai2 sekeluarga..lps tu sebelum solat hari raya pula ada mkn dipagi raya sekeluarga..penuhlah lantai dgn ahli keluaga..lps tu busy layan suami2 dan mrk2 yg nak solat aidil fitri.Biasanye slps solat mrk akan menziarahi pusara ..
Para isteri di rumah sibuk menyiapkan anak2 dan diri sendir sbb biasanya bila pihak lelaki balik ada pula acara salam-bersalaman dipagi raya..waktu ni sahdu sikit..nak salam pun ikut giliran tau..Kalau family mama pun gilirannya agak last jugak sbb anak ke-9 so faham2 ajelah..last sikit turnnya..masa turn kami org2 tua dah berbasahan dgn ayer mata..(waktu selalu fikir nak ckp apa ye??)..Lepas majlis salam-salam biasanya ada acara yg paling ditunggu oleh anak2 iaitu pemberian duit raya..he3 teringat zaman masa dpt duit raya..
Selepas settle acara tu barulah beraya dirumah sedara mara bermula..dari pagi sampai ke mlm kadang2..Hari kedua pula biasanya ada Marhaban.dari rumah kerumah (perempuan shj sbb org2 tua lelaki dah ramai dijemput Illahi maka tak cukup ahli nak buat)...so cuma buat utk perempuan shj.
Ingatkan nak ajak Zati,Hani dan Sara ikut sekali join Marhaban kali ni..biar mrk ada kenangan tentang raya dikg..Apapun mama akan update peristiwa sepanjang beraya dikg nanti..
Buat mereka yg membaca blog mama..diucapkan selamat hari raya maaaf zahir dan batin..
Hargailah setiap detik bersama mrk yg kamu sayangi sbb kita tidak tahu bila akan dijemput Ilahi..Wassalam