Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Selamat hari Lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat hari Lahir. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2009

Selamat Hari Lahir Cik Baha..

Hari ini merupakan hari Lahir PakCik Baha..yg ke-26thn.Tahun ni dia akan menamatkan zaman bujangnya.InsyaAllah..Semoga dipermudahkan dalam semua hal.Dipanjangkan umur beserta kesihatan yg baik..Dirahmati dan dilindungi Allah selalu...

Rabu, 7 Oktober 2009

7 tahun sudah berlalu..


Selamat Hari Lahir anakku..Sofea Hani..


Hari ini merupakan hari lahir Sofea Hani yg ketujuh..Cepat sungguh rasanya masa berlalu.Mengimbas kembali kenangan ketika melahirkanmu , seperti akaknya Izati..diinduce sbb dah terlebih hari..(semua anak perempuan mama memang lambat keluar..kalau yg laki 38w dah keluar..he3).


Ketika bayi amat sukar dijaga, asyik menangis shj( sampai terkenal dikalangan sanak saudara mama dan ayah sbg bayi yg paling suka menangis masa kecik..he3).Tak mahu langsung dengan org lain..Masa itu mama selalu stress kata ayah (tenaga mama disedut habis oleh hani katanya..).Tapi bagi mama, hanilah yg mengajar mama erti kesabaran..


Kadang2..bila melihat anakku Hani, bagai melihat kedalam cermin...Kata emak mama, begitulah juga perangai mama masa kecil, selalu menangis dan terlalu manja..Melihat Hani bagai melihat diri mama sendiri sewaktu kecil-kecil dahulu....


Kata ayah ..Hani anak yg sensitif ,tetapi bersikap lemah lembut, selembut namanya iaitu Sofea..Jarang mendengar Hani memarahi adik2nya..Dan selalu juga melihat dia berlagak seperti ibu ketika memujuk adik2 sekiranya menangis..(ada bakat memujuk he3)


Dulu mama selalu bimbangkan perkembangan Hani sbb agak lambat berbanding adik2 yg lain..Tapi kata ayah, setiap anak adalah berbeza, setiap individu adalah unik ,setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing2..Setiap kenyataan itu adalah benar belaka..Terimalah anak-anak seadanya mereka..


Buat anakku Sofea Hani:


Mama dan Ayah sentiasa menyayangi Hani selamanya...dan mendoakan yg terbaik buat dirimu..Kami akan sentiasa berada disisi Hani selalu InsyaAllah..Semoga dipanjangkan umur disamping kesihatan yg baik dan dirahmati Allah selalu..Amin.

Sabtu, 11 Julai 2009

Tarikh lahirnya ada 2 ????


Actually semalam 10 hb merupakan hari lahir Mak Anjang yg ke 3X (mcm rahsia sgtlah bunyiknya..hua3)..Tapi nanti 16 hb pun merupakan hari lahirnya jugak..Kenapa pening??Kenapa begitu?? (jgn ingat kakak mama dah keluar masuk balik ..pastu kuar balik pulak ye..memang mustahil..)


Ini semua terjadi gara2 atau angkara binatang durjana yg telah memakan habis surat beranak Mak Anjang itu..(mama punye pun kena mkn jugak ,tapi tak habis dimakannya, tak larat kot..maybe dah kenyang sesgt after mkn surat beranak Mak Anjang..lalalala..)..


So kenalah buat balik surat beranak yg baru ..pastu boleh pulak kuar/terletak tarikh lain..(maybe insan yg renew tu confuse atau terlupa sbb anak ramai sgt kot..)..So dapatlah tarikh yg kedua..(Agak2 hubby Mak Anjang beri hadiah 2 kali setahun tak??)..Kalau ye seronoknya..Kalau tahunnya dikurangkan setahun dua..instead of tarikh haribulan shj (agak2 umur Mak Anjang akan jadi "hampir" muda mcm mama..kuang3)
Sempena Hari Lahir Mak Anjang ..mama nak ucapkan Selamat Hari Lahir..semoga dipanjangkan umur disamping kesihatan yg baik (kalau panjang umur tapi sakit pun mcm tak best plak)..Dimurahkan rezeki (senang2 hulurlah pd adik kesayanganmu ini..wlaupun mama sudah bersuami..still ok..terima jer..he3)..Semoga bahagia disamping insan2 tersayang dan dirahmati Allah dalam apa jua perkara..


Mama sayang sangat pd Mak Anjang ( mama rasa dia pun tahu....)

Jumaat, 27 Mac 2009

Mengimbas kembali saat 3 tahun lalu..


Manakala tarikh lahir Shamel pula memang dirancang oleh ayah sejak awal lagi, supaya dapat disamakan abg sulungnya..Hari tersebut merupakan appointment day check-up minggu ke-38-38..Setelah jenuh menunggu , pukul 10.45 dapatlah jumpa doctor pakar..Bila check ,everything ok..Tapi dah ada bukaan 2cm katanya.(so bila2 masa boleh bersalin kata doctor).Ayah cepat2 meluahkan hasratnya utk induce baby tu dengan alasan “Nak samakan birthday anaknya..”Pada mulanya mama tak rasa doctor akan approve but sbb dah ada bukaan ..doktor pun kata “OK”..Yg paling suka waktu itu ayahlah..Yg paling berdebar2 mamalah..he3..But everything berjalan dengan lancar setelah proses induce, menjelang 3.30 ptg mama dah pun selamat bersalin..


But masa nak push doctor suruh hold dulu..rupa2nya dekat leher baby ada 2 kali simpulan tali pusat..(masa kuar muka shamel berbintik2..akibat pressure masa meneran…coz semakin kuat meneran, simpulan dilehernya semakin ketat..Alhamdulillah semuanya ok..)

Memang kelahiran Shamel banyak hikmahnya..Sebelum pregnant shamel mama pakai iucd but entah macamana dengan kuasa Allah ,mama still pregnant.But bila scan the first doctor kata fetus tiada heart beat dan bentuknya pun tak begitu elok(mama pun tak nampak jantung berdegup seperti selalu)…Dia cadangkan mama buat D&C..Entah macamana hendak ditakdirkan, waktu itu ayah sedang kesempitan sedikit..So kami minta izin tangguh seminggu lagi till ayah dapat kumpul dpt duit secukupnya...Bila waktu yg sepatutnya mama buat D&C , mama dpt doctor ke-2..Semasa proses scan sesuatu yg mengejutkan terjadi..kami terdengar heart beat dan melihat jantung yg berdegup..(seperti ingin memberitahu kami yg dia ada disitu).Seperti berkata”Mama I’m here”…so pregnancy diteruskan..

Hikmah kedua ialah keputusan untuk melahirkan Shamel pada hari tersebut..kata doctor jika lambat dilahirkan mungkin baby akan dpt masalah memandangkan ada lilitan tali pusat pada lehernya..Setiap kontraksi disaat akhir pregnancy memberi kesan pada baby..(terjerut huhuhu..)

Itulah antara hikmah terbesar yg mama lalui..Kata ayah memang ada hikmahnya akan setiap perkara yg terjadi..contohnya mujurlah ayah tak cukup duit pada ketika mama perlukan D&C itu...jika tidak kami akan kehilangan permata hati..Alangkah bersyukurnya kami waktu itu..(Mama pergi hospital swasta waktu itu..memandangkan anak2 yg lain memang dilahirkan disana..)

Moral Value : Setiap yg berlaku walaupun buruk pasti ada hikmah disebaliknya..

Mengimbas kembali saat 11 tahun yg lalu..



Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran kedua-dua putera mama iaitu Shahrin Amin (ke-11tahun) dan Shamel Afiq( ke-3 tahun). Sungguh cepat masa berlalu..putera-putera mama dah semakin dewasa..Semoga menjadi anak yg soleh dan menjadi kebanggaan mama dan ayah..

Mengimbas saat kelahiran Amin , agak melucukan juga.Yelah anak sulung, masa tu tiada pengalaman lagi..Pada minggu ke-38 pregnancy..Mama start sakit sedikit selepas pukul 1 pagi (malam tersebut ayah ada rondaan taman bersama jiran)..tapi ayah balik awal sedikit berbanding yg lain..Terasa sakit perut(ingatkan sembelit.)duduklah berjam2 dalam tandas..Akhirnya menjelang pukul 3 pagi..sakit perut masih terasa malah pinggang pun mula terasa sakit pula..Macam-macam yg ayah sapu..yoko-yoko,minyak cap kapak,minyak angin namun kesakitan still takmo hilang..Ayah terus talefon emak dikg..(kesian mak kena bangun angkat tepon awal2 pagi).Mak cadangkan kami pergi klinik.Bila check diklinik doctor kata dah ada bukaan 3cm..suruh pergi hospital shj..Balik rumah ambil beg yg dah berbulan disediakan trus ke hospital..Yang selebihnya macam biasa shj.Alhamdulillah mama tiada masalah ketika bersalin..
Yg kelakarnya ubat tidur yg doctor suntik utk membolehkan mama berehat hanya memberikan kesan ketika saat mama hamper nak meneran..he3(siap ckp dengan doctor yg mama dah ngantuk sgt ni..doktor balas balik”teran habis2 dulu, lepas tu boleh sambung tidur..he3). Maka lahirlah Amin pada pukul 9.07minit pagi....

Rabu, 10 Disember 2008

Selamat Hari Lahir Adikku..

Today merupakan hari lahir ke-24 Cik Udin..we all wish semoga Cik Udin berbahagia selalu dan success dunia dan akhirat..