Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label Shamel Afiq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shamel Afiq. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2009

Perlakuan Kecil Yg Menyentuh Hati..

Kerap pula hujan sejak akhir-akhir ini..Ambil masa sedikit nak mengeringkan baju diampaian berbanding selalu....

Actually mama nak bercerita peristiwa yg menyentuh hati mama semalam..Walaupun perkara biasa sebenarnya ,tetapi memandangkan ianya dilakukan oleh anak berusia 3 tahun..terharu rasa hati ini ....

Semalam setelah sama-sama makan tengahari bersama dengan anak2 ..Mama bersiap mengambil posisi di sofa depan Tv (utk tujuan menghadamkan makanan dengan lebih baik....coverlah tu..he3). Memandangkan hari mendung , sejuk pulak rasanya..Entah bagaimana mama tersebut perkataan "sejuklah".. Dibalas pula oleh Shamel yg berada berdekatan mama.."Selimut" katanya.. Dengan tak semena-mena mama lihat shamel menuju kebilik untuk mengambil sesuatu (selimut rupanya..). Yang mengharukan hati mama ialah..rupa-rupanya selimut itu utk mama sebenarnya..Shamel siap selimutkan mama dengan susah payah dari atas sampai kekaki(alamak nampak sgt mama berbaring kat sofa waktu itu..he3)

Anak yg sekecil itu mempunyai rasa ambil berat akan mamanya walaupun masih kecil...Mama sangat terharu..Dia tahu mamanya kesejukkan , lantas tanpa byk berfikir sudi mengambil selimut buat mamanya..Mama sayang kamu Shamel....mama sayang anak2 mama semua..

Rabu, 8 Julai 2009

Mulai BOTAK ????

Antara penyebab kehilangan rambut dikalangan ibu2…

Mama rasa antara puncanya mungkin disebabkan oleh stress yg keterlaluan (so selalu main tarik2 rambut..) salah pemakanan .., factor genetic (kalau adik beradik muda2 dah mulai botak hmm…itu boleh dikira sebagai faktor ye.. ).pemakaian syampoo yg tidak sesuai..Uishhh banyak lagilah…

Tapi yg paling susah nak diterima, bila mama kehilangan rambut ditangan org lain..

Tempat kejadian: Ruang tamu depan TV…

Insan2 yg terlibat: Mama, Zati,Hani,Sara (merangkap tugas sebagai dayang2..he3)..dan juga suspek utama yg membuat onar..jeng,jeng,jeng Shamel .

Seperti biasa selepas makan tengahari adalah waktu yg seronok utk bermalas –malasan..Mama yg berlagak seperti permaisuri telahpun mengambil port yg paling best didepan TV..Dayang-dayang pun dipanggil utk melayan permaisuri..Maka berduyun2 dayang datang membawa sikat utk mendandan rambut yg tak berapa nak panjang ni....Bayangkan betapa syokknya mama waktu tu.mcm nak tertidur ajer..

But suddenly mama terdengar bunyi yg amat mencurigakan..krettt..krett..krett..(ikkk takkan menyikat rambut boleh kuarkan itu bunyikk???..)Bila mama toleh kebelakang ..Mak oii !!!!! Shamel sedang tersenyum kambing sambil tergenggam sejemput rambut ditangan kirinya dan gunting tumpul ditangan kanannya(nasib baik dia guna gunting budak2 sekolah..huhuhu, kalau guna gunting kain mama waaa!!! Menangislah ..)…Ohhh!! Rambut ku telah dikerat olehnya..(nasib baik sedikit dan tempatnya tersorok, kalau tak…..dah sama botak mcm ayah..he3)

So, ini juga boleh jadi punca para ibu kehilangan rambut…Malang tidak berbau..Berhati2lah sentiasa. (macam iklan kempen keselamatan jalan raya plak..)

Khamis, 18 Jun 2009

SCUBA DIVING ????




Kanak-kanak memang mempunyai keinginan tinggi dalam mencuba sesuatu yg baru atau mempelajari skill baru..




Masa holiday in Penang yg lalu, Shamel telah menunujukkan keinginan yg tinggi utk cuba menyelam dalam air..Agaknya setelah melihat abang Amin dan Zati yang sibuk berlawan menyelam..dia pun turut teringin mencuba sama..Tercungap-cungap jugaklah dia setelah cuba menahan nafas dalam air..but still buat muka ceria shj..(bangga agaknya Shamel waktu itu sbb adik-beradik lain bertepuk tangan..)




Kelakar dan seronok melihat gelagatnya ketika itu (but mama dan ayah ada duduk berada berdekatan shj..just in case..he3).Yelah dalam proses anak2 mencuba sesuatu yg baru, kita sebagai ibu bapa masih kena ambil langkah berjaga2..




Nanti kita pergi swimming lagi ye...
Mama memilih utk mengalakkan anak2 mama meneroka dunia mereka dan mempelajari kemahiran baru sebanyak mungkin (but still dengan pengawasan dan tunjuk ajar berserta nasihat dari org dewasalah....)

Khamis, 11 Jun 2009

Raksasa pemusnah..


Bila tengok gambar ni , rasa kelakar pulak..(padahal waktu kejadian berlaku rasa geram sikit..he3)


Actually peristiwa ni berlaku di Teluk Batik beberapa bulan yg lalu..Ketika anak2 pompuan mama sibuk membina istana kristal masing2 dengan penuh penat lelah dan ketekunan..Tiba-tiba datang insan yg sejak dari jauh memandang dengan penuh niat didada...Tanpa belas kasihan dia meluru dan dalam sekelip mata menghancurkan hasil seni akak2nya..


Memang sahlah macam raksasa..kena panggil ultraman ni( much better dr ultramama yg dipanggil, kalau tak pasti kena cubit kaki gebu budak yg bernama shamel tu..)..But nasib baik akak2nya tak langsung ambil hati langsung..selepas raksasa beredar pergi , proses pembinaan terus dimulakan semula..(penuh semangat kesukanan sungguh..)


Moral of the story:


Dalam perjalanan dan usaha menuju impian hidup kita ,kadang2 akan ada insan yg irihati cuba menghalang dan memusnahkan impian itu..Jangan putus asa dan cepat ambil hati,teruskan mencuba hingga berjaya ok..


Bagi insan yg suka irihati..bawak2lah bertaubat..

Selasa, 12 Ogos 2008


Malam tadi mama terpaksa menjaga anak2 mama sendirian kerana ayah outstation .Takut juga pada mulanya.Ayah dah suruh mama suruh nina temankan,but malaslah nak susahkan orang lain.Tekad dlm hati..redah ajalah mlm ni..But everything berjalan dengan baik, walaupun sesekali mama terbangun diwaktu mlm utk memastikan semuanya selamat.

Kesian juga melihat anak yg bongsu seperti tercari2 ayahnya.(sejak dari lahir ayah yg menidurkannya ,anak ayah.)

Shamel memang amat rapat dengan ayahnya..kawan bergusti.Badannya yang agak montel menyebabkan ayah tak terdaya melawannya..(kuat dan berat)