Sudilah menjadi teman

Memaparkan catatan dengan label sofea hani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sofea hani. Papar semua catatan

Rabu, 11 November 2009

Penuh Semangat Dan Harapan..

Mama rasa terpanggil untuk menulis tentang topik "anak lembam" ini , setelah membaca penulisan Kak Tirana beberapa hari yg lalu..Kenapa??? Sebab salah seorang anak mama mempunyai masalah yg serupa..

Mama rasa sangat bersemangat dan rasa sangat positif dengan kemampuan dan pencapaian Hani sekarang... Betullah seperti yg dikata " Seandainya seorang anak mempunyai ibubapa yg penuh azam dan yakin kpdnya ..menyokong kuat dari belakang" .Insya Allah dia pasti akan berjaya.

Mama dan ayah mahu Hani (begitu juga dengan anak-anak yg lainnya) tahu ,bila-bila masa kalian menoleh kebelakang perlukan bantuan ,InsyaAllah kami pasti ada disitu...

Walaupun mama tak nafikan usaha yang lebih perlu ditabur untuk mendidik dan mengajar Hani..Usaha itu pasti berbaloi..Mama dan ayah akan cuba memberikan yg terbaik.

Dulu bukan sekali dua mama menangis setiapkali setelah mengajar Hani membaca...(selalu menangis sorang2 dlm toilet huhuhu,takmo anak-anak nampak..) Mengapa menangis??? Sebab sedih melihat betapa sukarnya untuk dia memahami sesuatu konsep..berbanding org lain.Lebih-lebih lagi bila guru tadikanya berterus terang mengatakan mereka dah tak tahu lagi bagaimana lagi nak mengajarnya membaca suatu waktu dulu..

Mama bimbang kalau-kalau Hani berasa kekurangan bila berada dikalangan rakan-rakan sebaya juga adik -beradik yg lainnya .Berbagai kaedah mama buat utk mengajar , bermacam jenis buku yg mama beli. DAN AKHIRNYA bila usaha mama menunjukkan hasil..mama rasa sangat bersyukur.Mama tahu Hani pasti boleh asalkan tidak jemu berusaha..

Kini Hani sudahpun pandai membaca..Lagipun Hani memang minat membaca..Orang kata belakang parang kalau diasah lagikan tajam..(wah!! ada masuk peribahasa pulak..he3)

Walaupun anak mama mungkin "berjalan agak perlahan sekarang"...namun mungkin "KAMULAH DULU YANG TIBA DI GARISAN PENAMATNYA"..

Isnin, 12 Januari 2009

Kesian Hani..

Peristiwa ini berlaku pagi tadi..Sejak pukul 7.30 pagi mama menemani Hani menunggu van sekolahnya..Tunggu punye tunggu, jam sudahpun menunjukkan pukul 7.45pagi(dalam hati mungkin lambat sikit kot pakcik van datang hari ini)..Hani dah merungut2 sebab pakcik belum sampai (bimbang kot sbb perhimpunan kat sekolah start pukul 8pagi).Tapi mama still mahu berfikiran positif lagi ( waktu ini dah tumbuh akar kat punggung sbb duduk lama sangat).Lastly jam pun menunjukkan pukul 8pagi(wahhh!ini sudah lambat ini)..Hani dah menunjukkan wajah gelisahnya..Mama pun terus call Cikgu Eshah bertanyakan tentang pakcik van itu..Rupa2nya pakcik van tu terlupa bebeno pasal Hani..kesian anak mama.Pukul 8.20pagi barulah pakcik tu datang sambil meminta maaf(org dah minta maaf so mama maafkanlah..lainlah dia tak minta maaf,lagipun dia memang terlupa bukannya sengaja).
Kalau nak diikutkan boleh sahaja mama hantar hani tu ,but takut pulak masa mama hantar pakcik van tu pulak sampai..huhuhu..

Selasa, 6 Januari 2009

Anak ceria..mama gembira.


Tengok tajuk pun dah tahu betapa gembiranya hati mama hari ini.Tadi petang sewaktu mama ambil hani dari sekolah,pertanyaan pertama mama padanya ialah.."Macamana seronok bersekolah hari ini?? Segera Hani menjawab.."seronok" dengan wajah yg jelas ceria..(hmm gembira mendengarnya)..Tapi yg pasti Hani selesa berada di zonnya sekarang..Harap2 berpanjanganlah..Hani yg tak seperti adik2 yg lain jadi mama masukkan ke sekolah integrasi (ada sekolah keb plus kafa sekali lebih kurang begitulah)..Waktu persekolahan bermula pukul 8 pagi until 4.30 ptg..Yang bagusnya Hani tak perlu berpenat berulang alik dr sek keb ke sek Kafa seperti Amin dan Zati.Tak perlu berebut2 membeli makanan di kantin sekolah sbb makanan disediakan.Sekolah yg mama masukkan ni a bit islamic sedikit..so okaylah.Waktu sebelum pulang dari dewan perhimpunan dpt dengar murid2nya membaca doa..sejuk hati mama mendengarnya.

Lagipun dengan tahap kesihatan Hani yg kerap diserang lelah ,sekolah sebegitu agak sesuai.Mama pun dah beritahu tentang penyakitnya pd teacher Hani..Ubatnya pun mama dah bekalkan sekali..Dan yg bagusnya berdekatan sekolah ada klinik 2,3 buah..(rumah pun dekat so apa2 mama senang nak rush ke sekolah)..Memang rasa lega and confident sikit bila masukkan Hani ke sini..

Memang tak nafikan memang bayarannya tinggi sedikit berbanding sekolah kerajaan but as parents kenalah menimbangkan mana yg paling baik utk anak2..kalau terpaksa mama sanggup dipotong 'allowance' asalkan Hani gembira belajar disana..(really mama betul2 maksudkannya...)
Riak wajah masa nak kesekolah jelas happy..ibu mana yg tak mahu anaknya bahagia..(wah.emosional plak..he3)..Yang pasti cuti mama sudah berakhir,kena bangun awal buat sarapan dan bekalan utk anak kesekolah..

Isnin, 1 Disember 2008

Konvokesyen Hani..

Semalam seperti yg dah dirancang mama sekeluarga menghadiri majlis konvo hani..konvo tadika jer..Dari pukul 8 pagi jsampai satu ptg waaa..lamanye duduk terkurung dlm dewan tu..Anak2 yg kecil2 punyelah nakal..sejam pertama semuanya baik shj duduk elok2..masuk jam seterusnya, masing2 dah tak senang duduk..panas bontotnye..Asyik kehulu-kehilir aje..Aminlah yg bertugas utk melihat2 adik2nye..mama lihat dr jauh shj.
Actually sepatutnye Hani ada buat persembahan 6 tahun but tak kuar plak sbb menangis belakang pentas..Actually mama dan ayah dah jangka yg dia takkan keluar buat persembahan..Kami faham masalah Hani..a bit anti-sosial dan tak selesa bila ada ramai org..Memang berbeza benar dgn adik beradik yg lain..Well kami dah terima hakikat itu..yg penting kami akan cuba berikan yg terbaik utknya..sebagai bekalan dunia dan akhirat..After majlis sempatlah jumpa cikgu2 Hani minta maaf kotlah ada tersalah mana2 ke..dan minta halalkan makan minum Hani sepanjang bersekolah disitu...Dan minta dihalalkan ilmu yg cikgu2 ajarkan kepadanya..Nanti bila ada masa mama masukkan gambarnya..

Rabu, 12 November 2008

Tukar langsir blog..

Pagi ni dpt idea pulak utk tukar langsir blog..seronok pulak.Hari ini zati dah mula bersekolah semula,demamnya pun dah baik..Cuma mama pula yg dpt selesema,nak mkn ubat selesema tapi takut mengantuk pula bila bawa kereta.
Last monday mama dan ayah pergi jumpa Cikgu Aisyah utk berbincang pasal Hani.Kami bersepakat nak masukkan hani ke sekolah swasta under Cikgu Aisyah.Buat masa ini ,itulah penyelesaian yg terbaik yg kami dpt fikirkan..Kenapa kami pilih sekolah tersebut???Sebab pertama jumlah student per k telas minimun(sedikit) ..maybe tak lebih 15 kot.so lebih byk tumpuan dpt diberikan utk setiap student.Sekolah keb kerajaan yg mama yg rancang nak masukkan pada mulanya..byk sgt student per class.,kadang2 sampai 50 org.So takut hani tak dpt nak catch-up..dan tak boleh nak salahkan cikgu juga sbb studentnye memang ramai..(Kelas darjah satu pun byk,student per class pun ramai).
Sebab kedua kami tak mahu hani stress berterusan jika dimasukkan juga kesekolah tu..sbb masa hari orientasi sabtu lepas jelas menunjukkan yg dia bakal tertekan jika dipaksa juga.Depan pintu pagar sekolah pun dah meraung2 tak mahu masuk..(Hani ni sejak bayi memang anti sosial sedikit..memang phobia bila dikelilingi org yg tak dikenali).Setiap insan kan berbeza.
Sebab ketiga atas dasar supaya semua org mendapat ketenangan fikiran..Hani dapat belajar dengan selesa ,mama dan ayah confident menempatkan dia disitu..Kawan2 dr tadika skrg pun ramai akan bersekolah disana.So hani akan lebih selesa sbb ada kawan2 yg dia kenali disana.
Memang byklah kebaikkannya kalau kami masukkan dia disana compared to sek biasa.Sekolah bermula dr pukul 7.30 pagi till 4.30 ptg(sek ren plus sek kafa sekali disana)..Makan tghari pun disediakan..transport pun ada..hmm oklah kot.
Lagipun Cikgu Aisyah akan beritahu bakal gurunye nanti,tentang masalah hani sekarang..Sekarang hati mama pun lebih tenang..
Cuti sekolah ni mama nak buat byk latihan maths dan bacaan utk hani..semoga dpt membantu hani nanti..

Khamis, 7 Ogos 2008




Dah lama rasanye tak update blog ni..busy dengan anak-anak yg lima org.Yelah memandangkan semuanye masih kecil dan perlukan perhatian..Hari ni dapat surat kelulusan sek rendah sofea hani..syukurlah, dapat juga bersekolah di sek yg sama dgn abg dan akaknye..lebih senang urusan persekolahan.Lepas ni kena ambil gambar passport utk Hani..skrg tak bolehlah sbb dia tgh mengalami alahan(sampai kena kat muka).Hani makan sotong byk sgt agaknye..