Sudilah menjadi teman

Selasa, 18 November 2008

Mengisi masa cuti anak2..

Pagi ni mama buat burger ayam untuk anak2 sebagai sarapan pagi, dah lama rasanya anak2 tak makan burger ayam..Memandangkan mereka mkn sarapan yg agak heavy ,so mama masak lunch lewat sikitlah hari ni..Rasanya nak masak sup ayam plus cendawan plus sayur2an..simple but complete ..Masa cuti sekolah ni mama semangat sikit nak masak sbb anak2 yg suka mkn ada dirumah..
Ahad lepas mama sekeluarga hantar Cik Ana keMelaka utk acara pengantin sebelah lelaki.Ingatkan lepas balik majlis nak pergi ronda2 Bandar Melaka but cuaca tghari tu punyelah panas..Anak2 sibuk suggestkan mama dan ayah ke zoo..nasib baik berjaya pujuk mereka ke Jusco sebagai ganti (nak sejukkan badan sebenarnya).Belikan mainan sikit ,selepas tu bertolak balik ke Shah Alam semula.
Hari ni mama nak menjahit blouse yg dah seminggu dipotong.Ada abang Amin dirumah bolehlah mama menjahit baju..kain pun byk ni.Banyak yg mama teringin nak jahit ,masa cuti inilah mama boleh buat hobi ini.
Kadang2 ayah tanye juga ..kenapa mama bersusah payah menjahit baju padahal bukannye tak mampu utk menempah baju atau membeli yg dah siap .Actually ini berkaitan dengan self satisfaction..Walaupun apa yg kita buat tidaklah sesempurna yg kedai /org lain hasilkan but kepuasan membuat sendiri memang a bit terasa..

2 ulasan:

Suzi berkata...

kadang2 jenuh juga nak melayan anak2 time cuti ni kan? Sini blm start cuti lagi...lagi 3 weeks...
zureen pandai jahit rupanya..wah utg tu...

zureen @ mama berkata...

Setakat jahit lurus bolehlah..he3