Sudilah menjadi teman

Rabu, 19 November 2008

Sarapan apa pagi ni..


Untuk pagi ni mama buat burger daging pula utk anak2,esok mama janji nak buatkan pizza mini utk mereka pula..Selepas siapkan burger mama buatkan dadih coklat,byk juga bila dah siap(hampir 20 bekas jugalah).Store banyak2 dalam peti ais,nanti bila2 masa anak2 mama rasa nak makan boleh terus ambil dari dalam peti ais.Untuk lunch tak sure nak masak apa lagi..maybe masak ikan keli masak sambal dan sayur bayam sahajalah..anak2 pun memang suka mkn ikan tersebut(kaya dengan Omega 3 tau).

Semalam masa mama masak utk lauk tengahari ,Si Sara datang menjenguk dapur .Suddenly Sara cakap"Mama masak betul2 tau,jangan main2"....agaknya sbb dia dah start lapar dan mama memang masak agak lewat dari biasa semalam..Entah kenapa lately byk mulut juga Si Sara tu..Kalau dia lihat bakul kain kotor sudah penuh..mesti diangkatnya bakul kain tersebut kemesin basuh dan suruh mama membasuhnye..(actually anak mama yg sorang ni terkenal dengan rajin menyidai baju..memang patut dipuji).

Walaupun sekarang dahpun cuti sekolah ,Hani masih bersekolah spt biasa sbb tadikanye masih ada latihan utk hari konvokesyen pada 30hb Nov ni..Hani kata dia masuk acara berkaitan tarian ..Ayah kata kali ini kami semua akan turut serta menghadiri majlis konvokesyen Hani.Sebagai tanda sokongan kata ayah.Sebagai ahli serumpun cinta kita patut menyokong antara satu sama lain..Kalau bukan kita siapa lagi..

Tiada ulasan: