Sudilah menjadi teman

Rabu, 12 November 2008

Tukar langsir blog..

Pagi ni dpt idea pulak utk tukar langsir blog..seronok pulak.Hari ini zati dah mula bersekolah semula,demamnya pun dah baik..Cuma mama pula yg dpt selesema,nak mkn ubat selesema tapi takut mengantuk pula bila bawa kereta.
Last monday mama dan ayah pergi jumpa Cikgu Aisyah utk berbincang pasal Hani.Kami bersepakat nak masukkan hani ke sekolah swasta under Cikgu Aisyah.Buat masa ini ,itulah penyelesaian yg terbaik yg kami dpt fikirkan..Kenapa kami pilih sekolah tersebut???Sebab pertama jumlah student per k telas minimun(sedikit) ..maybe tak lebih 15 kot.so lebih byk tumpuan dpt diberikan utk setiap student.Sekolah keb kerajaan yg mama yg rancang nak masukkan pada mulanya..byk sgt student per class.,kadang2 sampai 50 org.So takut hani tak dpt nak catch-up..dan tak boleh nak salahkan cikgu juga sbb studentnye memang ramai..(Kelas darjah satu pun byk,student per class pun ramai).
Sebab kedua kami tak mahu hani stress berterusan jika dimasukkan juga kesekolah tu..sbb masa hari orientasi sabtu lepas jelas menunjukkan yg dia bakal tertekan jika dipaksa juga.Depan pintu pagar sekolah pun dah meraung2 tak mahu masuk..(Hani ni sejak bayi memang anti sosial sedikit..memang phobia bila dikelilingi org yg tak dikenali).Setiap insan kan berbeza.
Sebab ketiga atas dasar supaya semua org mendapat ketenangan fikiran..Hani dapat belajar dengan selesa ,mama dan ayah confident menempatkan dia disitu..Kawan2 dr tadika skrg pun ramai akan bersekolah disana.So hani akan lebih selesa sbb ada kawan2 yg dia kenali disana.
Memang byklah kebaikkannya kalau kami masukkan dia disana compared to sek biasa.Sekolah bermula dr pukul 7.30 pagi till 4.30 ptg(sek ren plus sek kafa sekali disana)..Makan tghari pun disediakan..transport pun ada..hmm oklah kot.
Lagipun Cikgu Aisyah akan beritahu bakal gurunye nanti,tentang masalah hani sekarang..Sekarang hati mama pun lebih tenang..
Cuti sekolah ni mama nak buat byk latihan maths dan bacaan utk hani..semoga dpt membantu hani nanti..

1 ulasan:

Suzi berkata...

baguslah tu....my hubby pun memang fikir nak hantar sekolah swata mcm tu juga bila kitaorg balik m'sia nanti.
kat sini ok...walau sekolah kerajaan...murid satu kelas bebelas org je...tu iman mcm takde masalah je...