Sudilah menjadi teman

Isnin, 12 Januari 2009

Kesian Hani..

Peristiwa ini berlaku pagi tadi..Sejak pukul 7.30 pagi mama menemani Hani menunggu van sekolahnya..Tunggu punye tunggu, jam sudahpun menunjukkan pukul 7.45pagi(dalam hati mungkin lambat sikit kot pakcik van datang hari ini)..Hani dah merungut2 sebab pakcik belum sampai (bimbang kot sbb perhimpunan kat sekolah start pukul 8pagi).Tapi mama still mahu berfikiran positif lagi ( waktu ini dah tumbuh akar kat punggung sbb duduk lama sangat).Lastly jam pun menunjukkan pukul 8pagi(wahhh!ini sudah lambat ini)..Hani dah menunjukkan wajah gelisahnya..Mama pun terus call Cikgu Eshah bertanyakan tentang pakcik van itu..Rupa2nya pakcik van tu terlupa bebeno pasal Hani..kesian anak mama.Pukul 8.20pagi barulah pakcik tu datang sambil meminta maaf(org dah minta maaf so mama maafkanlah..lainlah dia tak minta maaf,lagipun dia memang terlupa bukannya sengaja).
Kalau nak diikutkan boleh sahaja mama hantar hani tu ,but takut pulak masa mama hantar pakcik van tu pulak sampai..huhuhu..

Tiada ulasan: