Sudilah menjadi teman

Selasa, 3 Februari 2009

Info keibubapaan..

Anak-anak akan mengikut atau mencontohi apa yg kita lakukan,..bukan apa yang kita suruh mereka lakukan..

Sebab itulah ada kiasan tentang ketam mengajar anak jalan kurus tetapi diri sendiri jalan mengiring(ikk betul ke ayat ni)..atau spt bidalan kalau ayah kencing berdiri,anak akan kencing berlari(huhu rasa mcm ada bidalan ini rasanya.??.)

Tapi apa yg mama mahu sampaikan ialah kadang2 kita mahu anak kita berubah jadi baik,tapi kita masih buat perkara yang sebalikya pula..Sudah tentu anak kita akan mempertikaikan nasihat yang kita berikan..Contohnya kita menyuruh anak2 belajar berjimat cermat tapi pada masa yang sama kita sibuk berbelanja tanpa berkhemah dan ikut nafsu semata..Atau kita suruh anak2 jangan melambatkan solat but kita sendiri suka solat diakhir waktu.Macam mana anak2 nak ikut ye tak??Kita tak suka anak2 kita jadi insan yg garang..but kita sendiri punyelah garang dgn anak2..huhuhu

Jadilah contoh yg baik untuk anak2 anda..sbb itulah kita dikatakan insan yg bertanggungjawab mencorakkan anak2...(Mama akan cuba ingatkan diri selalu..)

***Suka kalau anak2 menjadi setenang ayahnya..(bagi ayah kekerasan dan marah2 bukan cara terbaik dlm mendidik anak2..)Sebab itulah adik beradik ayah semuanya.."cool" belaka..

10 ulasan:

Sasha berkata...

betul betul betul... contoh lain... kalau kita nak anak kita rajin membaca tp kita asyik bantai tgk tv... mcmane anak nak ada minat... sha pun tpaksa curi2 tgk tv... bila anak2 tido atau gi sekolah baru ambil kesempatan tgk... tv show yg sha pilih je anak2 bole tgk slepas ditapis... cartoon pun kekadang ada ngajar benda yg x elok... kena hati2...

p/s: happy sgt anak suka membaca... cuma part garang tu kekadang terbuat gak...huhuhu.. tp taklah seteruk dulu...

Suzi berkata...

seyuju tu zureen...kita perlu jadi contoh baik utk anak2 kita sbb kita nak anak2 kita jadi baik...bukan senang tapi itu kita kena usahakan...

zureen @ mama berkata...

Kak Shasha,begitulah adanya kitalah yg mencorakkan anak2 kita.

zureen @ mama berkata...

Kak Suzi,seperti yg dikatakan bahawa anak lahir suci seperti kain putih..kitalah yg bertanggungjawab menberi warnanya.

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

betul tu, kak rose sokong 100% kita memang kena jadi contoh terbaik untuk anak-anak

zureen @ mama berkata...

Yelah kak rose kalau bukan kita siapa lagi..kitalah insan yg paling dekat dengan mereka,.

Unknown berkata...

Salam Zureen.

Ayat pertama kat atas tu ibarat ayat keramat yang patut diambil berat oleh semua ibu bapa, orang dewasa dan ahli keluarga. Ayat itulah yang selalu KakChik dengar dari mulut para tutor semasa di kelas tutorial pendidikan awal di OUM.
Amat penting.

p/s: KakChik add link Zureen ke KakChik's Wardrobe

Elynn berkata...

Saya setuju, ibubapa yang mencorak diperangkat awal sehingga akil baligh / cukup umur matang bagi lelaki dan perempuan sehingga dinikahi.

Oleh itu konsep kekeluargaan ni setiap manusia tidak kira latar belakang, perlu sedar, teliti dan memerhati gerak-geri anak-2.

sabar mengasuh anak-2...

zureen @ mama berkata...

Zureen pun letak link Kak Chik ye..semoga terjalin ukhwah antara kita..

zureen @ mama berkata...

Betul tu elynn,bukan mudah menjadi ibubapa ni rupanya..huhuhu