Sudilah menjadi teman

Rabu, 4 Mac 2009

Topik perbincangan menarik..


Sambutan Hari Lahir Menurut Islam..

Hari ini mama mendapat satu info baru menerusi bacaan majalah yg dibeli oleh Zati iaitu e-baca keluaran Februari 2009. Memandangkan mama memang suka membaca, majalah anak2 pun mama tumpang sekaki membacanya..Seronok juga baca majalah mereka ni..Tapi mama agak memilih bahan bacaan anak2 ni..Biasanya mama beri peluang mereka memilih majalah atau buku yg diminati tapi kalau yg tak bersesuaian dengan umur dan merapu-rapu isinya..memang tak diizinkan beli..

Isu ini mama jadikan topic perbincangan dengan Amin dan Zati malam tadi sambil-sambil menonton Tv..

Isu yang mama baca adalah berkaitan sambutan hari lahir menurut Islam.Jika mahu menyambut hari ulang tahun kelahiran tidak menjadi masalah..Tapi bagaimana kita menyambutnya.??.Asalkan kaedah dan majlis yg dibuat tidak bercanggah dengan syariat Islam..itu yang penting..

Yang menarik perhatian mama adalah berkaitan kebiasaaan upacara memotong kek dan meniup lilin..Actually kalau kita memasang niat sebelum meniup lilin ,hukumnya HARAM..Ini merupakan budaya yang diamalkan oleh penganut Kristian..

Jadi selepas ini mama rasa family mama akan membuat sambutan hari jadi tanpa meniup kek..Buat bacaan doa selamat lagi bagus.. Alhamdulillah mama dpt info ini..

11 ulasan:

ain berkata...

alhamdulillah..akak sekeluarga tak pernah buat gaya tu.

naz ilyn berkata...

sy dan suami memang tak pernah menggalakkan anak-anak menyambut hari lahir dengan majlis macam omputih tu...

selalunya kami menyambut hari lahir sekeluarga jer meriah juga... adik beradik yang lain pun turut beri hadiah sama... begitulah jika sampai giliran yang lain.

selalunya anak yang besarlah kena baca doa.

Sasha berkata...

ramai juga yg x peduli pasal hal ni.. Sha sekeluarga biasanya akan adakan majlis kecil... kemudian buat doa selamat & tahlil sekali. Lg berkat. No candles... just potong kek...

zureen @ mama berkata...

Betullah Kak Ain..

zureen @ mama berkata...

Kak Naz..Kami pun lain kali nak buat mcm tu jugaklah..thanks

zureen @ mama berkata...

Kak Shasha..Buat kenduri lagi berkat ...dah tanam azam tak mahu buat sambutan mcm dulu lagi..

KTS berkata...

tak sempat nak tiup lilin, krim kek tu dah dicolek... nyum nyum nyum...
chocolate cake - mi favorita

zureen @ mama berkata...

ku tak sempurna memang suke kek ke??kek cokolat..samalah kita.

Liana Manjaku berkata...

Salam ziarah dan salam perkenalan. Thanks the info. Sangat2 berguna. Saya link ur blog yer...

Yana Ismail berkata...

sedapnye kek tu kak..huhu..btol2.buat doa selamat sudah..

salam knal;)

ain berkata...

salam Zureen...selmt menyambut Maulidur Rasul utk Zureen sekluarga!