Selamat Hari Lahir anakku..Sofea Hani..
Hari ini merupakan hari lahir Sofea Hani yg ketujuh..Cepat sungguh rasanya masa berlalu.Mengimbas kembali kenangan ketika melahirkanmu , seperti akaknya Izati..diinduce sbb dah terlebih hari..(semua anak perempuan mama memang lambat keluar..kalau yg laki 38w dah keluar..he3).
Ketika bayi amat sukar dijaga, asyik menangis shj( sampai terkenal dikalangan sanak saudara mama dan ayah sbg bayi yg paling suka menangis masa kecik..he3).Tak mahu langsung dengan org lain..Masa itu mama selalu stress kata ayah (tenaga mama disedut habis oleh hani katanya..).Tapi bagi mama, hanilah yg mengajar mama erti kesabaran..
Kadang2..bila melihat anakku Hani, bagai melihat kedalam cermin...Kata emak mama, begitulah juga perangai mama masa kecil, selalu menangis dan terlalu manja..Melihat Hani bagai melihat diri mama sendiri sewaktu kecil-kecil dahulu....
Kata ayah ..Hani anak yg sensitif ,tetapi bersikap lemah lembut, selembut namanya iaitu Sofea..Jarang mendengar Hani memarahi adik2nya..Dan selalu juga melihat dia berlagak seperti ibu ketika memujuk adik2 sekiranya menangis..(ada bakat memujuk he3)
Dulu mama selalu bimbangkan perkembangan Hani sbb agak lambat berbanding adik2 yg lain..Tapi kata ayah, setiap anak adalah berbeza, setiap individu adalah unik ,setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing2..Setiap kenyataan itu adalah benar belaka..Terimalah anak-anak seadanya mereka..
Buat anakku Sofea Hani:
Mama dan Ayah sentiasa menyayangi Hani selamanya...dan mendoakan yg terbaik buat dirimu..Kami akan sentiasa berada disisi Hani selalu InsyaAllah..Semoga dipanjangkan umur disamping kesihatan yg baik dan dirahmati Allah selalu..Amin.
18 ulasan:
HAPPY 7TH BDAY TO SOFEA HANI. sedapnya namaa!!! semoga jd anak yg solehah. dipermudahkan segala urusan dan diberkati Allah hingga akhir hayat!!!!
Selamat Hari Lahir buat Sofea Hani... nice name... one of my fav name... Sasha ada guna nickname Sophie Farhani...dah dekat2lah tu... mmg suka sgt kat nama anak Zureen ni...
Moga SH sentiasa cemerlang dlm hidup n dpt membahagiakan hati ibu n ayah...
Selamat Hari Ulang Tahun ke-7 Sofea Hani. Semoga menjadi anak yang sentiasa taat kepada Mama dan Abah dalam mengerjakan amalan yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat sebagai hamba Allah yang mukmin.
p/s: cantiknya nama anak zureen
happy birthday sofea hani...
cuba nyanyi skit..
org kata, kalau kecik2 suka menangis, suara sedap...
hihihi...
Selamat Hari Jadi anakanda Sofea Hani yang comel!
Happy birthday to Sofea Hani..Semoga jadi anak yang solehah..
Comelnya anak abah dan mama
Terima kasih Kak Ain..
Semoga Zati berjaya dlm PMRnya ye..mudah-mudahan.
Terima kasih Kak Shasha..
Nama tu memang begitu sesuai dengan peribadinya..
Semoga apa yg Kak Shasha doakan untuknya dimakbulkan..Amin.
Terima Kasih Kak Chik..
Terima kasih juga utk doa-doa tersebut..amat menghargainya.
KTS..Thanks
Sofea suka juga menyanyi bila moodnya dtg..tapi suaranya halus shj..he3
Terima Kasih Ck Lah..
Kak Tirana ..terima kasih utk ucapan tersebut..
Anaknya comel ye???(tengoklah mamanya..he3..perasan tak habis..wakakka)
salam zureen,
selamat hari lahir buat sofea hani...sedapnya nama dia...
moga membesar jadi anak solehah...
becar dah sofea:)happy besday
semoga menjadi anak kebanggaan mama dan papamu..
Terima kasih Kak Suzi
Terima kasih Kak Zieha,.
salam... selamat hari lahir hani moga sihat dan menjadi anak yang soleha... sama ngan anak lyn yang bungsu ratu air mata... sama mcm KTS cakap kalau kecik suka menangis nnti suara sedap... gitu sebab selalu lontarkan vokal agaknyalahkan.
Catat Ulasan