Sudilah menjadi teman

Selasa, 20 Oktober 2009

Gagal utk bersenam bersamaan dengan gagal utk kurus..

Hmm..beberapa hari yg lepas mama ada tengok rancangan Oprah mengenai menurunkan berat badan secara sihat ni..Actually ramai orang yg nak kurus tapi tak mahu bersenam, kalau boleh nak ikut jalan yg mudah sahaja (orang itu termasuk tukang yg menaip inilah...).

Dalam nak menurunkan berat badan mesti jaga pemakanan dan mesti juga bersenam..Yang bab bersenam itulah yg selalunya mereka nak buat2 terlupa..he3.Bukannya lama 30minit ,5kali seminggu.

Tiba-tiba teringat plak pada alat senaman yg dah berhabuk dlm bilik iron bajuku itu ..huhuhu..Agaknya kalau boleh berkata-kata ,dah lama terdengar kutukan darinya sbb masa nak beli mesin senaman dulu beria-ria bebeno..Siap paksa ayah bawak pergi Carefour utk membeli itu juga..he3(waktu itu semangat bersenam berkobar-kobar)

Mama pun dah tak ingat bilakah kali terakhir mama menaiki Obitrek itu..(namanya pun dah lupe..)Namun mama akan naik tak lama lagi..(walaupun tak pasti bile wakaka,..)

Tungguuuuuu....

12 ulasan:

Tirana berkata...

Zureen...kuatkan semangat..mulakan balik buat senaman dan jaga permakanan. Kalau kita boleh disiplinkan diri begitu, insyaAllah berat badan akan maintain..hehehe..

zureen @ mama berkata...

Mesti boleh jika kita "mahu" ye tak...he3

Kemahuan mesti mahu kuat..

ain berkata...

treadmill yg kat umah ni pun lama dh tak bergerak!! x tau la nape bab2 senam ni malaaasss sgt!!! krgkn mkn utk kurus boleh ler ikut, tang senam tu, adoiiii!!!!

kakchik berkata...

hehe, teringat kan basikal statik yg abang ngah beli untuk senaman tapi dok dalam stor buat sangkut tuala buruk.
kakchik lebih suka senaman aerobik bersama kawan. ada kawan lagi seronok dan bersemangat. kalau sorang2 memang liat sekali.

xiiinam berkata...

Selamat menaiki obitrek...






ckLah pun dah lama tak join nyonya-nyonya taci kat Padang Speedy tu pagi-pagi.....sampai ada yang berkirim alam....

zureen @ mama berkata...

Samalah dengan zureen ni Kak Ain..nak jejakkan kaki atas mesin tu punyelah payah

(agaknya kena letak depan TV kot..he3, sambil tengok tv boleh mengayuh sekali..wakaka..)

zureen @ mama berkata...

Pagi tadi zureen tengok atas Obitrek tu ada tertutup dek comforter..

Mesti Obitrek tu rasa sgt comfort sekarang..he3

zureen @ mama berkata...

Ck Lah..kalau senam ramai-ramai mcm seronok jugak ye..

ummu_hanis berkata...

hihihi. akak pon ade gak satu tretmil yg dah belapok. kekeke. naiknye 2-3 kali jek.

zureen @ mama berkata...

Rasanya ramai lagi insan diluar sana yg mempunyai mesin tapi jarang2 dpt mengunakannya..he3

Maknanya kita tidak bersendirian..

Sasha berkata...

Sha punya treadmill tu pun setakat jadi hiasan dlm rumah... ntah bila dpt betul2 buat exercise... jom kita start wat sama2...

syabie berkata...

senaman baik untuk kesihatan