Sudilah menjadi teman

Rabu, 11 November 2009

Penuh Semangat Dan Harapan..

Mama rasa terpanggil untuk menulis tentang topik "anak lembam" ini , setelah membaca penulisan Kak Tirana beberapa hari yg lalu..Kenapa??? Sebab salah seorang anak mama mempunyai masalah yg serupa..

Mama rasa sangat bersemangat dan rasa sangat positif dengan kemampuan dan pencapaian Hani sekarang... Betullah seperti yg dikata " Seandainya seorang anak mempunyai ibubapa yg penuh azam dan yakin kpdnya ..menyokong kuat dari belakang" .Insya Allah dia pasti akan berjaya.

Mama dan ayah mahu Hani (begitu juga dengan anak-anak yg lainnya) tahu ,bila-bila masa kalian menoleh kebelakang perlukan bantuan ,InsyaAllah kami pasti ada disitu...

Walaupun mama tak nafikan usaha yang lebih perlu ditabur untuk mendidik dan mengajar Hani..Usaha itu pasti berbaloi..Mama dan ayah akan cuba memberikan yg terbaik.

Dulu bukan sekali dua mama menangis setiapkali setelah mengajar Hani membaca...(selalu menangis sorang2 dlm toilet huhuhu,takmo anak-anak nampak..) Mengapa menangis??? Sebab sedih melihat betapa sukarnya untuk dia memahami sesuatu konsep..berbanding org lain.Lebih-lebih lagi bila guru tadikanya berterus terang mengatakan mereka dah tak tahu lagi bagaimana lagi nak mengajarnya membaca suatu waktu dulu..

Mama bimbang kalau-kalau Hani berasa kekurangan bila berada dikalangan rakan-rakan sebaya juga adik -beradik yg lainnya .Berbagai kaedah mama buat utk mengajar , bermacam jenis buku yg mama beli. DAN AKHIRNYA bila usaha mama menunjukkan hasil..mama rasa sangat bersyukur.Mama tahu Hani pasti boleh asalkan tidak jemu berusaha..

Kini Hani sudahpun pandai membaca..Lagipun Hani memang minat membaca..Orang kata belakang parang kalau diasah lagikan tajam..(wah!! ada masuk peribahasa pulak..he3)

Walaupun anak mama mungkin "berjalan agak perlahan sekarang"...namun mungkin "KAMULAH DULU YANG TIBA DI GARISAN PENAMATNYA"..

17 ulasan:

Unknown berkata...

salam zureen.
insyaAllah hani juga dengan asuhan dan didikan yang baik dari zureen dan suami akan menjadi seperti Thomas Edison juga nanti.
sabar, tabah dan tenang mendidiknya suatu hari nanti zureenlah yang paling bahagia.

ckLah @xiiinam berkata...

.....jangan putus asa....Ada kelebihan Hani tu, yang mungkin kita belum nampak!!!


Salam peluk cium ckLah buat anakanda Hani ya!

ain berkata...

salam zu...Insyaallah dgn usaha yg berterusan, doa tanpa putus dr zu dn suami, sokongan dr ahli keluarga yg lain, hani boleh pergi jauh seperti yusouf dlm n3 kak Tirana. Insyaallah hani boleh berjaya spt anak2 yg lain. Yakinlah!!!

Liana Manjaku berkata...

Salam Zureen...
Jangan putus asa... Macam seseorang yg pernah ummi kenal... dan kami sekolah di sekolah yg sama! Cuma beza umur jer. Zureen nak tau tak, darjah 6 sekolah rendah pun dia masih x lancar membaca. Apa tah lagi sifir... Sehingga tingkatan 4 memang dia agak kurang sikit! Ummi masih ingat, selalu kami membaca sama2 dan buat kerja sekolah sama2. Dia selalu kena cubit dengan kakak2 dia coz, ummi lebih pandai dr dia! Selalu kena marah2 coz selalu dapat no terakhir dalam kelas. KAlo murid ada 38 dia pasti antara no 38 @ 37! Apa yang menarik peningkatan yg mendadak pada dia masa keputusan SPM! Amat membanggakan sekali! Dan sekarang merupakan salah seorang pegawai tentera laut! Ummi sdn pun malu utk jumpa dgn dia coz, memang tak percaya sangat dia boleh mencapai ke tahap spt ini! Tp, itu lah hakikatnya...hehehe

Nadia berkata...

takpe kak, sedikit2 lama2 jadi bukit. Lama2 insyaAllah anak akak sure akan dapat apa yang akak nak sampaikan. jgn ptus asa kay =)

Sasha berkata...

Cabaran mmbesarkan anak2... Hebat anak2 tu bergantung pada kehebatan ibubapa yg mendidiknya... Sama2 kita teruskan usaha murni ini..

zureen @ mama berkata...

Mudah-mudahan Kak Chik..

zureen @ mama berkata...

Terima Kasih Ck Lah atas semangat itu..

zureen @ mama berkata...

Biarlah N3 Yusof itu memberi inspirasi buat zureen dlm memdidik Hani..

Sangat memberi kesan pd hati zureen..

zureen @ mama berkata...

Salam Ukhwah Ummi...

Zureen akan ingat cerita itu sebagai penguat dlm mendidik Hani..

zureen @ mama berkata...

Thanks Nad..

zureen @ mama berkata...

Lama tak dengar berita dari adik Nad..he3

zureen @ mama berkata...

Sama-samalah kita berusaha Kak Sasha..

Tirana berkata...

Sebagai ibu, bagi dorongan, bagi sokongan dan bagi do'a..insyaAllah Hani akan cemerlang nanti

zieha berkata...

berkat kesabaran zureen..insyaallah..hani akan berjaya..sabar dan jangan mudah putus asa..ada hikmah tu..

zureen @ mama berkata...

Insya Allah Kak Tirana..mudah-mudahan.

zureen @ mama berkata...

Terima kasih atas nasihat dan dorongan Kak Zieha.