Sudilah menjadi teman

Khamis, 17 Disember 2009

Sementara Masih Punya Ibu

Mungkin anda selalu rasa rimas kerana ibu sering berleter ( menasihati tanda prihatin ) sepanjang masa , 24 jam sehari. Namun disebaliknya anda sepatutnya rasa sangat bersyukur kerana masih punyai ibu di depan mata , mendengar suaranya (walaupun berleter). Ramai insan lain yang tidak lagi ada kesempatan itu...

Bukankah anda sepatutnya rasa sangat bersyukur ???

Sementara masih ada kesempatan ini , apakata anda telefon ibu masing-masing untuk bertanya khabar tanda prihatin . Meluahkan kasih sayang sementara masih punya masa dan kesempatan..Mungkin juga untuk mengucapkan selamat tahun baru (yg bermula esok).. Yang pasti si ibu akan amat menghargainya (walaupun tidak diucapkannya..).

Pesanan buat teman:
Berdoalah untuk mereka selalu , itu juga sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka..

11 ulasan:

azieazah berkata...

Terimakasih berpesan-pesan..

saya ingat yang ini:
segala perlakuan kita yang tidak mendapat restu ibuayah, pasti hidup tidak berkat. Ada saja yang tidak kena...

Ayu Cute berkata...

Salam Kak Zureen....
Mmg btl...bila dah tak de ibu/ayah,pasti kita akan terasa dgn kehilangan mereka...Ayu dah tak de mak sejak 2003...mmg rindu sgt2 pd arwah...hanya Al Fatihah yg dpt dikirimkan sbg tanda ingatan!Sesekali bila rindu dtg menyapa,gugur jgkla air mata!

Tirana berkata...

Apalah sangat leteran seorang ibu jika dibandingkan dengan susah payah ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia, kemudian menjaga dan mendidik kita hingga dewasa.

zella y berkata...

slm kenal...

pesanan yg amat bagus... biarla ibu berleter byk mana pun sy xprnah jemu... xkn terbls jasa ibubapa smpai bila2...

zureen @ mama berkata...

Sebagai teman kenalah selalu berpesan-pesan..

Actually sebagai ingatan utk diri sendiri juga..

zureen @ mama berkata...

Ayu , bagi yang sudahg tiada hanya doa sebagai tanda kasih kita buat mereka .

zureen @ mama berkata...

Yelah kak Tirana..dulu masa zureen remaja selalu asyik merungut, bila mak seakan berleter (menasihati sebenarnya)..Sekarang baru zureen sedar..

zureen @ mama berkata...

Salam Zella..

zieha berkata...

sokong 100%..leteran itu lah yang akn menjadi kerinduan pd kita suatu hari nanti.Ziarah dan hubungilah selalu ketika parents masih ada..
k.zieha amat beruntung sekali sbb mak gan abah dekat..hampir setiap hari ziarah dan bermesra gan mereka..:))

Unknown berkata...

saya sayang ibu saya :)

Tanpa Nama berkata...

since da duk jau dr mama nie,
windu pla ngan leteran dia..ihhhi