Sudilah menjadi teman

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kisah Tabung Kotak Songkok..


Memandangkan semalam merupakan birthday Sara..Mama dan ayah ke Pizza Hut untuk tapau Pizza seperti yang dipinta oleh Sara utk harijadinya (banyak ok permintaan dia..sara siap buat list dan tampal sebelah pintu bilik air...huh)

Masa menunggu pizza siap, mama sempatlah membelek majalah yg disediakan..majalah fesyen.Shamel yang berada disebelah tumpang tengok sama..Entah macamana mama tertarik dengan satu kasut ni...

Mama: Kasut ni cantiklah..boleh Shamel beli untuk mama nanti??
Shamel: Boleh..nanti shamel guna duit tabung ok ..

Harini ni sewaktu mama sibuk surf internet ..Shamel muncul disebelah dengan sebuah kotak songkok..

Shamel :Mama ni duit untuk mama beli kasut..(tak banyak mana pun dlm RM3 lebih kurang)

Mama : Shamel beri duit ni untuk mama beli kasut ke?(sgt surprise sbb mama pun tak sangka yg dia masih ingat perbualan petang semalam..)

Shamel: Yelah..nanti mama boleh buat beli kasut...

Mama : Terima kasih (rasa macam nak menitis air mata terharu...puasa2..)


Rasa sungguh bahagia ketika itu..Bahagia seorang ibu..Walaupun dia tak tahu bahawa , duit yang mahu diberinya tak cukup utk beli kasut..Tapi ingatan dan impian anak kecil ini untuk memenuhkan hasrat mama sangat menyentuh perasaan hati..

Mama akan sentiasa ingat kisah tabung kotak songkok ni sampai bila-bila..:)

2 ulasan:

UmmuHanis berkata...

waduh syamel... moga jadi anak soleh ya ;)

ckLah @xiiinam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.