Sudilah menjadi teman

Khamis, 17 Mei 2012

Meroti...meroti...lagi...dan lagi...


Dah lama mama idamkannya...Akhirnya sudah menjadi milik dan terletak baik di penjuru dapur..Selamat datang Mr.Kenwood..(sila jalankan tugas anda dengan sebaiknya ye..)

So far dah test banyak kali guna Mr.Kenwood ni..Hasilnya amat memberangsangkan..Kiranya pembelian yang berbaloi-baloi..

Yang seronoknya tercapai hasrat nak sedekahkan hasil meroti Mr.Kenwood pada anak-anak yatim.... Bila tengok mereka makan hasil usaha mama...rasa tak terucap..Rasa bahagia dan seronok sangat..Bila MEMBERI kita MENDAPAT rasa bahagia sebagai ganjarannya..


Mr.Kenwood tersembunyi  malu belakang Projek Telur Asin Izati


Sepanjang minggu lepas mama meroti tak henti-henti...Maka minggu ni ayah suruh rehat (kesian katanya asyik tengok mama meroti..penat katanya..). Ayah! yang patut dikesiankan  tu Mr.Kenwoodlah..he3,Asyik kena menguli aje sepanjang minggu..Yelah mama tengah jakun dapat barang baru..he3. Harap tak jadik tukun Mr.Kenwood tu bila kejakunan mula hilang...


Roti sosej dan kacang merah percubaan pertama (kira OKlah..)


Donut yang disaluti coklat dan  disprinkle dengan jayanya..


Hasil meroti buat anak-anak yatim sempena lawatan opismate ayah dan keluarga kesana..




7 ulasan:

sarah mohamad berkata...

Mr kenwood ni fungsi nya macam oven ke kak?

zureen@mama berkata...

Salam Sarah...eh!macam nama anak akak pulak :)

Fungsinya mcm2 dik...Not exactly mcm oven tapi boleh bakar roti terus dlm ni sampai siap..

Eh!harap sarah tak pening baca penerangan diatas...he3

Tirana Mutiara berkata...

Ini bread maker ke? Berapa harga? Kak tirana dah lama mengidam benda ni...belum dapat lagi.

zureen@mama berkata...

Mr.Kenwood ni bread maker Kak Tirana..Model yang zureen beli ni RM899..tapi sbb beli masa promotion dpt RM800 je..

Zureen pun dah lama mengidam..akhirnya dpt juga..:)

Lady Lavender berkata...

waaa...memang berbaloi! "Meroti utk anak yatim"...terharunya! Semoga bertambah murah rezeki zureen :-)

zureen@mama berkata...

Berbaloi-baloi..he3

Puan Mira :) berkata...

I want that rotii coklatttt!

raya ni buat bawak balik kg. haha

rasa mcm nk g uma mak ita skang jugak. keke