Meroti...meroti...lagi...dan lagi...
Dah lama mama idamkannya...Akhirnya sudah menjadi milik dan terletak baik di penjuru dapur..Selamat datang Mr.Kenwood..(sila jalankan tugas anda dengan sebaiknya ye..)
So far dah test banyak kali guna Mr.Kenwood ni..Hasilnya amat memberangsangkan..Kiranya pembelian yang berbaloi-baloi..
Yang seronoknya tercapai hasrat nak sedekahkan hasil meroti Mr.Kenwood pada anak-anak yatim.... Bila tengok mereka makan hasil usaha mama...rasa tak terucap..Rasa bahagia dan seronok sangat..Bila MEMBERI kita MENDAPAT rasa bahagia sebagai ganjarannya..
Mr.Kenwood tersembunyi malu belakang Projek Telur Asin Izati
Roti sosej dan kacang merah percubaan pertama (kira OKlah..)
Donut yang disaluti coklat dan disprinkle dengan jayanya..
Hasil meroti buat anak-anak yatim sempena lawatan opismate ayah dan keluarga kesana..
7 ulasan:
Mr kenwood ni fungsi nya macam oven ke kak?
Salam Sarah...eh!macam nama anak akak pulak :)
Fungsinya mcm2 dik...Not exactly mcm oven tapi boleh bakar roti terus dlm ni sampai siap..
Eh!harap sarah tak pening baca penerangan diatas...he3
Ini bread maker ke? Berapa harga? Kak tirana dah lama mengidam benda ni...belum dapat lagi.
Mr.Kenwood ni bread maker Kak Tirana..Model yang zureen beli ni RM899..tapi sbb beli masa promotion dpt RM800 je..
Zureen pun dah lama mengidam..akhirnya dpt juga..:)
waaa...memang berbaloi! "Meroti utk anak yatim"...terharunya! Semoga bertambah murah rezeki zureen :-)
Berbaloi-baloi..he3
I want that rotii coklatttt!
raya ni buat bawak balik kg. haha
rasa mcm nk g uma mak ita skang jugak. keke
Catat Ulasan