Harini masuk hari ke tiga Si bongsu bersekolah darjah satu..Bermula dari hari pertama lagi sudah bersemangat nak membeli makanan sendiri dikantin sekolah..Tagline dia "Shamel pandai kiralah..".Itulah tagline yg diwar-warkan pada semua abg dan kakak..he3
Actually mama mendesak supaya dia still bawa bekal air dan roti..tetapi duit belanja still boleh dapat seperti biasa..Cuma terpulang samada mahu dibelajakan atau sebaliknya..Disitu konsep berjimat dan menabung bolehlah diselitkan..Bila lihat abg dan kakak berlumba2 mengumpul duit saku masing..mungkin dia akan terjebak sama..
Cuma semalam petang pergi ke kafa bawa 2 ringgit..Air botol still bawa dari rumah..Dengar cerita dari hani dah pandai beli macam2..Akibatnya dari makan macam2 , malam tadi muntah selambak agaknya perut terkejut dapat makan MACAM-MACAM ...
Harini dah ingatkan tentang konsep jangan tamak..beli satu jenis sahaja..(harap Shamel ingatlah..)
Jumaat, 4 Januari 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mari Mencuba Resepi Baru
-
-
-
-
-
-
-
-
Kuih bakar durian14 tahun yang lalu
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan