Sudilah menjadi teman

Selasa, 6 Januari 2009

Anak ceria..mama gembira.


Tengok tajuk pun dah tahu betapa gembiranya hati mama hari ini.Tadi petang sewaktu mama ambil hani dari sekolah,pertanyaan pertama mama padanya ialah.."Macamana seronok bersekolah hari ini?? Segera Hani menjawab.."seronok" dengan wajah yg jelas ceria..(hmm gembira mendengarnya)..Tapi yg pasti Hani selesa berada di zonnya sekarang..Harap2 berpanjanganlah..Hani yg tak seperti adik2 yg lain jadi mama masukkan ke sekolah integrasi (ada sekolah keb plus kafa sekali lebih kurang begitulah)..Waktu persekolahan bermula pukul 8 pagi until 4.30 ptg..Yang bagusnya Hani tak perlu berpenat berulang alik dr sek keb ke sek Kafa seperti Amin dan Zati.Tak perlu berebut2 membeli makanan di kantin sekolah sbb makanan disediakan.Sekolah yg mama masukkan ni a bit islamic sedikit..so okaylah.Waktu sebelum pulang dari dewan perhimpunan dpt dengar murid2nya membaca doa..sejuk hati mama mendengarnya.

Lagipun dengan tahap kesihatan Hani yg kerap diserang lelah ,sekolah sebegitu agak sesuai.Mama pun dah beritahu tentang penyakitnya pd teacher Hani..Ubatnya pun mama dah bekalkan sekali..Dan yg bagusnya berdekatan sekolah ada klinik 2,3 buah..(rumah pun dekat so apa2 mama senang nak rush ke sekolah)..Memang rasa lega and confident sikit bila masukkan Hani ke sini..

Memang tak nafikan memang bayarannya tinggi sedikit berbanding sekolah kerajaan but as parents kenalah menimbangkan mana yg paling baik utk anak2..kalau terpaksa mama sanggup dipotong 'allowance' asalkan Hani gembira belajar disana..(really mama betul2 maksudkannya...)
Riak wajah masa nak kesekolah jelas happy..ibu mana yg tak mahu anaknya bahagia..(wah.emosional plak..he3)..Yang pasti cuti mama sudah berakhir,kena bangun awal buat sarapan dan bekalan utk anak kesekolah..

5 ulasan:

Suzi berkata...

baguslah hani seronok...
hihihi ah kena bangun awal ye...akak blh rileks2 lagi...hujung bln ni baru buka sekolah...tapi jenuh melayan kerenah diaorg kat rumahlah...

zureen @ mama berkata...

Bila cuti sekolah berakhir..kenalah bangun lebih awal dr biasa..tak lama lagi kak suzi pun begitu juga..wink2

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

perkataan seronok tu dah membuatkan hati seorang ibu riang dan senyum lega sepanjang ari

MalayConfinementLady berkata...

salam ziarah,
moga Hani terus ceria bersekolah
& jadi anak solehah...

Unknown berkata...

salam zureen..samalah mcm anak akak jugak...inilah yang pertama dan yang terakhir masuk sekolah integrasi ni...senang..tak payah nak kejar 2 sekolah...