Sudilah menjadi teman

Isnin, 23 Februari 2009

Bukan bagaimana?Tapi yg penting dengan siapa?

Sabtu lepas kami sekeluarga menyambut Birthday Sharina Izati yg ke-9 di Muara Port Kelang.Kalau ikut perancangan awal kami nak jemput kawan2nya bersama2 sambut dirumah..but disaat2 akhir ayah cadangkan agar kami sambut di port klang..Mama ikutkan shj..(tapi itupun after tanya dahulu dengan Zati,yelah kan birthday dia..takut berkecil hati pulak belakang hari)..Memandangkan Zati sgt2 bersetuju,mama pun tapaukan segala masakan yg dah sedia dimasak utk dibawa bersama.Kek pun dibawa sekali....

Menjelang pukul 6.00ptg kami sampai disana. Sempatlah naik kapal tepi laut itu buat pertama kali(actually tak boleh naik kot,tapi masa kami sampai ramai yg naik .so kami join ajelah).Masa kami dah turun dan order plak ice cream ,dtglah penguatkuasa penbandaran klang ,bising2 suruh semua org turun dr kapal..Nasib baik kami dah turun dulu..he3

Sambutan hari jadi zati start pukul 6.30 ptg, kami duduk ditepi batu2 laut (spt biasa budak2 nyanyilah lagu birthday yg lari tune dan piching itu..he3).Makan2 dan bergambar..seronok juga rupanya..(Amin kata dia pun nak sambut birthdaynya disini lain kali..)

Kata ayah bukan bagaimana kita sambut birthday itu( tak perlu bermewah2 dan besar -besaran), tetapi yg penting kita dapat menyambutnya bersama-sama insan2 yg kita sayang itu yg lebih bermakna....

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU..

7 ulasan:

Suzi berkata...

happy belated b'day utk sharina izati...moga jadi anak solehah...
setuju sesgt kata2 hubby zureen tu...

Sasha berkata...

Happy Birthday Sharina Izati... betul tu... celebrate birthday adalah lebih baik & lebih bermakna...dgn org2 yg tersayang & dekat di hati kita... keseronokan tu x sama kalau disambut dgn org luar...

wah... celebrate besday naik kapal... ada style!!...

p/s: kalau tau bole curi2 skodeng zureen kat sana... rumah sha kat port klang je...

Zureen berkata...

Terima kasih kak Suzi

Zureen berkata...

Kak Shasha ,seronok jugak bila terlepas dpt naik kapal batu tepi muara port klang tu,,,he3(nasib baik jer)..sbb lepas tu semua org kena halau..huhuhu

KakChik berkata...

Happy Birthday untuk Izati. Semoga panjang umur, murah rezeki, terus membesar menjadi anak solehah yang taat dan berbakti kepada Mama dan Papanya. Tentu Zureen pun ada satu perasaan halus semasa menyambut ulang tahun kelahiran anak kan? Melihat saban tahun anak makin membesar, pandai... dsbg. Semoga Zureen akan terus menjadi ibu yang solehah dan menjadi teladan untuk anak-anak dunia & akhirat.

Sasha berkata...

utk Sharina Izati... jadilah insan yg selalu mengembirakan hati ibubapa & semoga selalu mendapat petunjuk & hidayah utk berjaya dlm hidup mengikut acuan Islam...

p/s: nak celebrate birthday kat tepi laut gak...

Zureen berkata...

Terima kasih Kak Chik..zureen akan cuba mendidik anak2 sebaiknya dengan izin Allah..