Sudilah menjadi teman

Selasa, 24 Mac 2009

Ada bakatkah??


Bakat baru Shamel..

Lama mama tak update blog..sangat sibuk minggu lepas membuat persiapan menyambut ipar duai yg bertandang sbb ada anak sedara kahwen.Penuh umah ..Rumah mama dijadikan port perlepasan pihak pengantin sebelah lelaki..ramai sungguhlah…meriah but seronok sgt..

Semalam mama busy buat pola baju untuk anak-anak dara yg bertiga itu..Mereka nak pakai baju tersebut masa majlis kahwen anak sedara di Sg.Besar this week..So kenalah buat dengan tekunnya..Lagipun dah berjanji, kenalah ditepati..

Gambar diatas mama curi-curi ambil masa Shamel busy mengukur kertas..(wahh! Dah start menunjukkan bakat pereka fesyen pula)..Agaknya lama sudah dia perhatikan mama mengukur itu dan ini, untuk menghasilkan pelan baju..Bila mama naik ke bilik atas ,cepat sahaja Shamel ambil alih posisi mama..Lepas ni takut pulak nak gunting baju depan Shamel..kotlah dia dapat idea dan teringin nak mengunting kain pulak..haru dibuatnya nanti..


(Maaf ye sebab seksi sedikit gambar itu..pakai pampers shj coz semalam cuaca sangatlah panas ..he3)
Masa mama ambil gambar Shamel spt biasa dia tak berapa suke sbb menganggu tumpuan dia bekerja..he3(serius betullah waktu tu..)

Tak sabar rasanya menunggu ayah gaji this month..sebabnya ayah janji nak belikan mama mesin jahit tepi Singer..Seronoknya..

22 ulasan:

ain berkata...

Insyaallah besar nanti shamel boleh warisi bakat ibu dlm menjahit. Seronok le nak tunggu mesin jahit tepi ni. Akak plan nak jahit langsir tak terjahit2 lagi. malasnyaaa!!!!

Sasha berkata...

Ambillah kesempatan utk mengasah bakat Shamel jd Fashion Designer... kerjaya tu glamer skang ni... then bole sama2 buka bisnes ngan mama Zureen.. WAH!! tumpang happy utk Zureen nak dpt mesin jahit tepi...

p/s: baby Darwish pun selalu pakai uniform tu kalau kat umah... Malaysia kan panas selalu... kalau pakai baju pun kejap je tahan... asyik comot je...

Suzi berkata...

wah syoklah tu dpt mesin jahit tepi makin rajinlah menjahit zureen nanti...shamel tu nak warisi bakat mama dia...

kat sini cuaca dah sederhana...tak panas atau sejuk sgt..sbb nak masuk autum.

Emma berkata...

wah.. pandai ye u sis.. x buat niaga ke??

-mama emma-

Unknown berkata...

syamel nak ikut sunnah nabi tu, nanti boleh jahit sendiri pakaian yag koyak macam nabi Muhammad saw tampal kasut baginda yg koyak.

Nadia berkata...

kak, nanti letak la gambar baju kat blog. Nak tengok, mana tahu nadia nak tempah baju ke...bleh tempah kata akak..heheh..

mak saya pandai jahit, tapi anak dia ni tak pandai..huhu

zieha berkata...

mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan..bagus shamel ada bakat, ikut jejak mama yer..:)ishhh tiba2 lupa plak peribahasa tu,hehehe..hentam saja lah..

zureen @ mama berkata...

Kak Ain ..bagi Zureen kalau Shamel minat dan berbakat..zureen sokong jer..he3

zureen @ mama berkata...

Kak Shasha..cuaca sekarang ni tak menentu..bila panas,maknenya pakailah pampers shj..he3.

zureen @ mama berkata...

Kak Suzi..cuaca kat Malaysia tak menentu sgt..
tentang mesin jahit tu mcm dah nampak bayang2nya...he3

zureen @ mama berkata...

Takdelah pandai menjahit wahai..adikku yg innocent..
Belajar sikit2(lepaslah setakat baju anak2..he3)

zureen @ mama berkata...

Bagus juga kalau ikut sunnah nabi..jadi lelaki tak semestinya tak tahu jahit..he3(nanti boleh jahit baju utk zureen satu hari nanti..)

zureen @ mama berkata...

Adik nad...InsyaAllah akak akan post kat blog..
Tentang nak menempah..he3(takut jadi sarung nangka plak)..

zureen @ mama berkata...

Kak Zieha..tumpahkan kuah banyak2 dalam pinggan ye..zureen suke makan berkuah ni..he3

Sasha berkata...

Salam Zureen... letak le chatbox kat side bar... senang sikit nak bertanya kabar & tinggalkan pesan...

p/s: lunch ari ni mkn lauk mlm tadi... kari ikan... saja masak lebih sebab suka mkn kari... tiap2 hari mkn kari pun takpe... hehe...

Liana Manjaku berkata...

sukernya pada org yg padai menjahit nie... Ummi pun suka menjahit! Tp, sejak tahun 2004 rasanya tak pernah pegang mesin jahit! wa....rindunya...

naz ilyn berkata...

salam...
alahai shamel nak ngacau ker nak tolong mama... mesti tak senang duduk bila nampak mama dia sibuk nak buat baju tu yang dia pun nak tunjuk bakat juga... hihihi

zureen @ mama berkata...

Kak Shasha..actually zureen tak reti nak letak chat box tu..he3(org zaman batulah katakan..he3)

zureen @ mama berkata...

Zureen pun actually dah berzaman tak menjahit..ni baru nak start enjin mesin tu..he3

zureen @ mama berkata...

Lebih kepada mengacau sebenarnya shamel tu..jeles mamanya asyik buat kerja lain instead layan dia..he3

Sasha berkata...

ada byk website bg free chatbox... salah satunya kat sini...
http://cbox.ws
Zureen register & terus bole edit size/kaler/font yg berkenan... dapatkan code html after that... copypastekan kat add gadget>html/javascript.... ready utk chit-chat... selamat mencuba

p/s: kenduri baru ni ok ke?... semua berjalan lancar?... anyway... sha dah jumpa Zureen kat blog kakchik... hehe..ayunya dia!! sign lah guestbook sha pulak...

Nadia berkata...

salam kak zureen...Yang psal cara nak tengok keyword tu senang je kak.Akak daftar kat statcounter.com lepas tu copy HTML dia dan paste kat new gadget dalam blogger punya layout (page element) =) Lepas tu, beberapa hari kemudian, boleh tengok kat keyword analysis dalam web statcounter tu..