Sudilah menjadi teman

Isnin, 16 Mac 2009

BILA MESIN JAHITKU BERBUNYI SEMULA..





Memandang situasi kewangan dunia yg agak meleset sekarang ini..mama dengan sukacitanya cuba membuat sarung baru untuk kerusi meja makan ..Kerusi itu dulunya ‘putih suci “ tapi sekarang dah tidak secuci dulu..huhuhu..(penuh dengan lukisan pen anak-anak)..Kiranya kreatif tak bertempatlah ni..Tak cukup dinding rumah..kerusi pun nak dilukisnya..

Semalam selepas pusing pasar Ahad Shah Alam..mama minta ayah singgah kedai kain sekejap(ada jualan murah)..So, mama pun belilah kain langsir sebanyak 3meter utk projek kali ini..Ada juga beli kain pasang utk anak2 pompuan sekali..

Warna pilihan mama kali ini ialah merah hati (teka kenapa mama pilih warna tersebut??? Jawapannya ialah kalau kena conteng lain kali, hmmm..kureng kelihatan..Lagipun sarung yg mama buat kali ini boleh ditanggalkan utk dibasuh..

Memanglah tak secantik kedai punye..tapi memberi penuh kepuasan.

10 ulasan:

ain berkata...

wah...siap dah projek zureen. Lawa kale kain..menyerlah gitu!!

zureen @ mama berkata...

Kain Langsir 1m sepuloh hinggit jer..he3..oklah tu kan Kak Ain.

Suzi berkata...

keadaan yg sama kat rumah akak ni...anak2 kreatif tak bertempat...dah beri kertas dinding dan juga tempatnya...Si Isa lah tu hihihi...

cantik warna kain tu...oklah tu...

zureen @ mama berkata...

Betul tu Kak Suzi ..kadang dah siap belikan kertas kosong utk diconteng..nak jugak conteng dinding..huhuhu

Sasha berkata...

berseri rumah ngan kaler pink... kira dah siap satu set la ni... cepat Zureen wat keje... projek apa lak lps ni?

zureen @ mama berkata...

Lepas ni zureen nak buat baju kurung moden utk anak2 pompuan plak Kak Shasha..hujung minggu ni ada kenduri kawen..he3

Sasha berkata...

seronok lah bole jahit baju sendiri....

p/s: and telah ditag... hehehe...

naz ilyn berkata...

salam...
untung pandai menjahit... boleh ganti ikut selera sendiri... kalau budak2 kat rumah ni suka melakarkan karya seni kat dinding rumah... nasib baik guna cat yang boleh padam segala contingan... lama-lama tak larat dah nak padam gasaklah situ...hehehe

zureen @ mama berkata...

Nanti zureen buat ye Kak Shasha tag tu..no problem..

zureen @ mama berkata...

Samalah kita kak Naz..dah tak larat nak padam sbb dah terlalu banyak dan terlalu kerap..waaaa.