Sudilah menjadi teman

Khamis, 12 Mac 2009

Terima kasih Kak Ain..


Tag ini mama dapat dari Kak Ain..Actually ini adalah firsttime mama jawab tag tau..
1)Make a list of what u want on your birthday

2)The list should be 10 numbers

3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours

10 perkara yang sangat zureen harap utk birthday adalah:

1) Dipanjangkan umur dalam keadaan kesihatan yg baik..(panjang umur dlm keadaan sakit susah juga..bukan apa takut menyusahkan org lain pula..)

2) Dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam apa juga perkara yg diusahakan..

3) Diberi peluang lebih lama berbakti kepada ibu yg dah tua di kg..

4) Di tetapkan hati dan iman dalam menempuhi segala ujian yg diberikan olehNya..

5) Kesabaran ditingkatkan spt Kak Ain dalam mendidik anak2 yg kadangkala amat mencabar kesabaran..huhuhu( dijauhkan dari sifat pemarah..)

6) Dimurahkan rezeki untuk membeli bread maker spt Kak Suzi supaya semakin senang nak buat roti,donut etc..( bukankah air tangan ibu mengikat hati anak2..yg terbaik)

7) Dimurahkan rezeki untuk membeli mesin jahit tepi supaya lebih senang nak jahit baju family (seronok bila tengok anak2 pakai baju yg mama jahit..dapatlah menerapkan baju yg menutup aurat lebih awal dan mudah )

8) Di pertingkatkan sifat syukur dalam hati mama..supaya bersyukur dalam semua perkara dan dapat melihat hikmah dlm setiap perkara yg berlaku dengan mudah..(so walaupun cubby ,mama still bersyukur..he3)

9) Diberi peluang mengerjakan umrah dan haji dikala muda dan sihat..(meleleh air mata mama setiap kali tengok org mengelilingi kaabah..harap dapat segera kesana..Amin..)

10) Diberi dan dipermudahkan peluang untuk mendalami ilmu dunia dan akhirat supaya dapat mendidik anak2 dengan lebih baik..(teringin nak sambung study semula bila ada peluang nanti..)



Tak tahu nak suruh sapa buat..hmmmmm..

9 ulasan:

Yana Ismail berkata...

aminnnn...;)mama and abah yana pun kata, lg cpt ke mekah lg bgus. yana doakan akak ok;)

ain berkata...

thnx zureen sbb sudi jwb tag. Insyaallah apa yg zureen impikan akan dimakbulkan Allah.

zureen @ mama berkata...

Terima kasih Princess Liyana..Kak Zureen memang teringin sesangat nak kesana..

zureen @ mama berkata...

Thanks Kak Ain sbb sudi tag zureen..firsttime ni..he3

Sasha berkata...

jawab jgn x jawab...

p/s: aku pun kena jugak!!

zureen @ mama berkata...

Bersama-samalah kita menjawab Kak Shasha..mcm exam semester jer..he3

Nadia berkata...

moga segala yang dihajatkan tercapai..amin..

yup2, jangan jadi ibu yang pemarah ye.. :)

Sasha berkata...

macam nak serupalah kita punya birtday wish...

Sasha berkata...

semoga semua yg dihajati tercapai.