Sudilah menjadi teman

Khamis, 30 April 2009

Empangan itu pecah jua akhirnya....


Tahan..mama cuba tahan seboleh mungkin, namun empangan airmata mama pecah jua petang semalam..Entahlah, sayu pulak melihat anak2 yg sakit ni..Hubbylah tempat mengadu, mama menangis sepuas-puasnya petang semalam bertemankan handpone (mama di ward manakala ayah dirumah..)..Tapi mama tak tunjukkan kesedihan itu didepan anak2..


Ayah kata mama perlu kuat dlm saat2 mencabar ini..kalau mama tumbang , ayah dan anak2 lain tak mungkin dapat bertahan..So, didepan anak2 mama hamparkan senyuman , manakala dalam hati merintih sedih..


Ya Allah ,ku pohon kepadaMu agar di sembuhkanlah anak-anakku..Yang Allah dengarlah doa dalam tangisan ibu ini dan perkenankanlah doakan ku ini..Sesungguhnya Kau Maha Pengasih..Amin..

18 ulasan:

ain berkata...

zu buat akak menangis gak la. mmg tak tahan kan klu anak2 sakit. Semoga mereka cpt sembuh. Zu kena lebih kuat lg.

Suzi berkata...

zureen byk2 sabar n berdoa...hati ibu mana tak sedih tengok anak sakit tapi kita kena tabah demi anak2 juga...bg dia semangat...
moga Allah makbulkan doa zureen..amin

Nadia berkata...

OMG anak akak kene denggi ke? so sad T____T. Nadia doakan kat sini, dari jauh. Semoga sembuh. Dulu mak nadia pun kene denggi jugak now sihat sejahtera. Harap anak akak macam itu la ye...Sabar ye kak, jangan putus berdoa :)

zieha berkata...

kesiannya anak zureen demam denggi.K.zieha doakan anak2 zureen cepat sembuh dan mama zureen kena banyak berdoa dan bersabar di atas ujian darinya..amin.Hati ibu mana yang tak sedih kalau anak sakit..kalau k.zieha tak tido mlm tu..mcm2 fikir masalah2 Dah lah anak sorang je ..huhuhuhu

zureen @ mama berkata...

Doakan ye Kak Ain..

zureen @ mama berkata...

Memang sayu sgt bila lihat anak2 sakit..Terima kasih Kak Suzi sbb sudi doakan mereka..

zureen @ mama berkata...

Adik Nad..kak Zureen harap mereka pun akan kembali sembuh cepat..

zureen @ mama berkata...

Zureen kat ward nak tido pun payah sbb drip kena top-up selalu..Bacaan suhu badan pun kena diperhatikan..
Terima kasih ye Kak Zieha sbb sudi doakan mereka sembuh..

Sasha berkata...

Tabahkan hati ye Zureen. Banyakkan berdoa & bersabar. Ini adalah sebahagian dari ujian Allah utk uji keimanan kita... InsyaAllah rahmatNya akan menyusuli selepas berakhirnya kejadian ini.

p/s: Ibu pasti akan menitiskan air mata melihat kesusahan yg ditanggung anak2 kecil lebih2 lagi anak sendiri.

KTS berkata...

tabah ya...

klu mama tak tabah, camana dgn anak2...

semoga putera2 mama cpt sembuh...

ckLah @xiiinam berkata...

hmmmm....alah....

Sayunya tengok anakanda berdua terbaring begitu....
Cepat sembuh yan anak-anak mama...

Unknown berkata...

assalamualaikum zureen. kakchik baru tahu anak2 zureen diserang denggi. banyak istighfar dan bersabar ya zureen. memang tabah tu menunjukkan keceriaan depan anak-anak. Insya-Allah diorang akan sembuh lebih cepat.

Yana Ismail berkata...

Akak. smoga anak cpt sembuh..hmm abah yana dl penah kena..slalo la bg dia sup ketam..mujarab katanya..cuba ek!

zureen @ mama berkata...

Terima kasih kak Shasha
Lama tak dengar khabar ,rindu juga..

zureen @ mama berkata...

KTS..zureen dah cuba beri sup ketam seperti yg dicadangkan tu..harap2 dpt membantu..

zureen @ mama berkata...

Terima kasih Kak Chik..

zureen @ mama berkata...

Tuan Puteri..hari ini kak zureen ada buatkan mereka sup ketam..harap2 dapat membantu mereka sembuh cepat..

zureen @ mama berkata...

Ck Lah..hari ni yg kecil dah ada good improvement, cuma yg abg kurang memberangsangkan sikit..Hopefully esok bertambah baik..