Sudilah menjadi teman

Jumaat, 12 Jun 2009

Nak ternak Si Sawa ke???


(Gambar ini mama ambil melalui tingkap bilik atas bhgn belakang)


Apa perasaan kawan2 kalau dapat jiran suka bela rumput panjang-panjang kat halaman rumah ni????
Hmmm..mama actually agak risau jugalah, sebabnya kotlah beranak ular 2-3 ekor dlm semak tu karang ,kan bahaya..Di buatnya ular tu pergi meronda-ronda..sampai plak rumah mama yg berada hanya sekangkang kera dari ladang ternak tu..

Kadang2 memang tak faham kenapa mereka sanggup duduk dlm semak camtu..???? Dahlah kawasan kejiranan mama byk kes denggi..huhuhu..Ditambah dengan sikap segelintir ahli masyarakat yg tak prihatin ngan kebersihan kawasan rumah sendirik..
Mama rasa kalau belakang umah mama tu sawah padi oklah jugak..sejuk mata memandang..But ini bukan sawah padi but "sawah lalang''..waaaa nak buat camne ni???(nak tegur pun serba salah sbb tak tahu pemiliknya kat mana..mrk ni jenis org yg sewa bilik bukan sewa umah..so masing2 lepas tgn jer..)

Moral of the story:
Orang kata ..Lembu punya susu ..sapi dapat nama.. BUT Ini nyamuk diorang punya..mama yg kena denggi..waaa mana aci camni.

16 ulasan:

Sasha berkata...

kesian Zureen... Zureen yg terima padahnya perbuatan org lain... Apa tak bakar je!! Biar padan muka diorang...

zureen @ mama berkata...

Kak Shasha manalah boleh main bakar2 , sbb kalau dibakar habis berjerebu dapur umah zureen (sebab betul2 menghadap dapurku..huhuhu)

Diorang pun pernah bakar lalang tu, sampai penuh asap satu umah dibuatnya.. sbb angin bertiup betul2 kearah umah zureen huhuhua)..

Emma berkata...

report je kat mbsa... nnt depa sure buat lawatan..

-mama emma-

ain berkata...

akak pun rimas kalau rumah jiran mcm ni. pernah sekali tu masa akak panggil gardener service umah akak, akak ding dong umah jiran, minta izin nak bersihkan lalang kat umah dia yg tinggi tu. FOC lagi. sejak itu, nebor sudah rajin maintain umah.hehe

zureen @ mama berkata...

Itulah yg hubby suruh buat..suruh hantar gambar kat MBSA..he3

zureen @ mama berkata...

Bagusnya kalo dpt duduk sebelah umah Kak Ain..tebas lalang FOC.

Nak pindah Johorlah camni..he3
(actually ada jugak rasa nak tolong tebaskan lalang umah tu..huhuhu)

KTS berkata...

sawa pun takut nak duduk klu rimbun camtu.. eeeee... takut ....
.
.
.
.
.
.
.

jiran2 tu busy gamaknye.. :)

Suzi berkata...

alamak rumput laman rumah akak pun dah perlu dipotong tu...bila wnter 2 minggu sekali kena potong kalau nak cantik pendek je...

zureen buatlah mcm kak ain tu hihihi

zureen @ mama berkata...

KTS...rasanya kalo anak2 zureen masuk dlm semak tu pun boleh hilang jugak..he3

Sbb itulah takut nak menegur jiran camtu..takut mrk ckp zureen "busy"body...wakakaka..

zureen @ mama berkata...

Kak Suzi..rasa mcm nak buat gak camtu..he3(berilah aku kekuatan nak ding dong umah dia tanpa dimaki..huhuhu..)

Unknown berkata...

Salam zureen, memang tak selesa kan kalau ada semak-samun dekat dengan rumah ni. Agaknya jiran zureen tu sibuk sangat sebab tu tak sempat nak bersihkan LADANGnya tu. Hidup di kawasan perumahan memang tak cantik la kan kalau bersemak je sekitar rumah. Kakchik setuju dengan cadangan ain tu. Lama2 dia akan ingat t/jwb berjiran tu.

zureen @ mama berkata...

InsyaAllah..zureen cuba approach yg terbaik..
Actually mrk tu chinese so susah sikitlah..takut menyentuh sensitiviti mrk pulak..
huhuhu..

Yana Ismail berkata...

euwww!kesian akak!pe ke hal nya mereka tu?mmg tak fikir psl org lain pn..ish teruk btol..doa2la kak agar tkde sawa pape ronda2..alaahai..

tkpun g sound je mereka tu!hmm

zureen @ mama berkata...

Tapi hubby zureen kata ulaq sawa takmo duduk dlm semak camtu..yeke??

Maybe ulaq jenis lain kot..he3

ckLah @xiiinam berkata...

...hidup kalau dapat jiran yang sengal memang tak bahagia....


Jiran yang baik tu satu rezeki juga........

Jiran ckLah lain pulak fe'elnya....

zureen @ mama berkata...

Terpaksalah redha dan bersabar hati bila dpt jiran camtu..
Nak buat camne..terima ajelah..