Sudilah menjadi teman

Selasa, 27 Oktober 2009

Kiraan mata sekarang 6-1

Inilah bacaan bancian terkini pesakit mata rumah no.1 ini..Dah 6 orang mengalami wabak sakit mata tersebut.Bermula dengan Amin, menjangkiti ayah, disusuli menjangkiti Shamel diikuti pula mama dan Hani dan seterusnya Sara..Yang tinggal cuma Zati sahaja..Mama harap Zati tak kena sbb sekarang sedang exam akhir tahun..

So memang sekeluarga mengkuarantinkan diri dalam rumah ajelah sekarang..Sambil menitiskan ubat sakit mata yg diberikan dokter(susah juga nak titiskan ubat dimata sendiri ye..asyik nak terpejam aje)..Ubat2 klinik pun perlu ditelan..Harap cepat sembuh..

Sejak dua menjak ni penulisan memang takde gambar sebab ..mutu gambar dah tak berapa cantik..Lebih baik tak bergambar dari "sakit mata" tengok gambar tak bermutu..he3

17 ulasan:

Liana Manjaku berkata...

Semoga semuanya kembali ceri dan sihat...amin,...

Sasha berkata...

Harap2 Zati selamat menjalani peperiksaannya dgn mudah... Moga Zureen n family dipulhkan secepat mungkin... Tabahkan diri dgn dugaan yea.. take care!

ain berkata...

Akak doakan semoga zu ngan kluarga cepat sembuh dan semoga zati terhindar dr sakit mata. sian tgh peksa akhir tahun kan!

Unknown berkata...

Assalamualaikum zureen.
MashaAllah teruk juga keluarga zureen kena sakit mata. Penyakit ni memang senang berjangkit.
Semoga semuanya lekas sembuh dan Zati tak terjangkit sekali.
Take care zureen.

azi berkata...

semoga cepat sembuh semuanya & lepas ni bole masak sedap2

Tirana berkata...

Semoga cepat sembuh ye Zureen...

zureen @ mama berkata...

InsyaAllah..Thanks Liana.

zureen @ mama berkata...

Mudah-mudahan kak Shasha..

Thanks...

zureen @ mama berkata...

Itulah yg zureen risaukan skrg sbb sedang periksa akhir tahun..hmmm..

Thanks atas doa Kak Ain itu..

zureen @ mama berkata...

Yelah Kak Chik cepat benar tersebar..hmm nak buat camne duduk serumah he3...

zureen @ mama berkata...

Azi sedang semangat nak memasak ye..

Nanti bolehlah kita sama2 share resepi terbaru..

zureen @ mama berkata...

Terima Kasih Kak Tirana..

zieha berkata...

musim sakit mata kot..semoga zureen sekeluarga cpt sembuh seperti sediakala..

ckLah @xiiinam berkata...

Suami ckLah pun .....sememeh sebelah matanya. Semedang pakai spek hitam dah 3 hari..

zureen @ mama berkata...

Thanks Kak Zieha..

zureen @ mama berkata...

Ck Lah kena hati-hati sbb penyakit tu senang jugak berjangkit(terutama mereka yg berkongsi katil ni..he3)

nahmy berkata...

org kata sakit mata boleh berjangkit dgn pandangan...betul ke tu? apapun semoga semuanya lekas sembuh