Sudilah menjadi teman

Sabtu, 7 November 2009

Perlakuan Kecil Yg Menyentuh Hati..

Kerap pula hujan sejak akhir-akhir ini..Ambil masa sedikit nak mengeringkan baju diampaian berbanding selalu....

Actually mama nak bercerita peristiwa yg menyentuh hati mama semalam..Walaupun perkara biasa sebenarnya ,tetapi memandangkan ianya dilakukan oleh anak berusia 3 tahun..terharu rasa hati ini ....

Semalam setelah sama-sama makan tengahari bersama dengan anak2 ..Mama bersiap mengambil posisi di sofa depan Tv (utk tujuan menghadamkan makanan dengan lebih baik....coverlah tu..he3). Memandangkan hari mendung , sejuk pulak rasanya..Entah bagaimana mama tersebut perkataan "sejuklah".. Dibalas pula oleh Shamel yg berada berdekatan mama.."Selimut" katanya.. Dengan tak semena-mena mama lihat shamel menuju kebilik untuk mengambil sesuatu (selimut rupanya..). Yang mengharukan hati mama ialah..rupa-rupanya selimut itu utk mama sebenarnya..Shamel siap selimutkan mama dengan susah payah dari atas sampai kekaki(alamak nampak sgt mama berbaring kat sofa waktu itu..he3)

Anak yg sekecil itu mempunyai rasa ambil berat akan mamanya walaupun masih kecil...Mama sangat terharu..Dia tahu mamanya kesejukkan , lantas tanpa byk berfikir sudi mengambil selimut buat mamanya..Mama sayang kamu Shamel....mama sayang anak2 mama semua..

14 ulasan:

kakchik berkata...

Terharu membacanya. Memang betul omputih kata "small things does matter" sebab itulah yang amat dekat di hati. Tahniah zureen sebab berjaya mendidik Shamel.

ain berkata...

betul tu. kecil2 mereka sudah pandai mempamerkan rasa kasih kepada kita dgn perlakuan mereka. semoga kekal hingga ke usia tua la hendaknya!!!

Tirana berkata...

Anak-anak kecil menurut perlakuan kita, mudah mengikut apa yang kita ajar secara praktikal. Mudah-mudahan sikap ini akan berterusan sehingga Shamel besar.

xiiinam berkata...

Shamel....makcikLah pun sejuk ni sayang! Nak timut!!!

azi berkata...

so cute ... moga jadi anak yang soleh & solehah...amin..

zureen @ mama berkata...

Menjadi harapan setiap ibubapa supaya anak2nya menjadi anak yg soleh..Amin.

Apa yg kanak2 buat biasanya ikhlas..

zureen @ mama berkata...

Kak Ain..harapannya biarlah kekal sampai ke usia tua kita ...Ada juga anak2 yg sudi menjaga nanti..

zureen @ mama berkata...

Betul tu kak Tirana...Kita sebagai parents kena tunjukkan contoh yg baik sebagai ikutan anak2..

zureen @ mama berkata...

Ck Lah nak selimut warna apa??

Yang bunga2 atau ada gambar cartoon ??? he3

zureen @ mama berkata...

Mudah-mudahan Azi..

Suzi berkata...

alahai pandai shamel...
moga berterusan sampai besar...
sejuk hati ibu bapa...

Sasha berkata...

comelnya perangai budak2... masa kecil diorang buat tanpa disuruh... bila dah besar harap2 mcm tu jugaklah yea... sooo adorable!

zureen @ mama berkata...

Harapan zureen pun begitu juga Kak Suzi..

zureen @ mama berkata...

Bila besar nanti harap2 ..tak perlu tunggu disuruh..mereka tahu tanggungjawab masing2..

Mudah-mudahan..