Macam dalam cerita wayang zaman dulu kan..
Actually mama nak kaitkan cerita tu dengan "kempunan" mama untuk makan bubur durian petang tadi..Penat mama meronda-ronda mencari bubur durian kerana tekak ni teringin sangat nak memakannya (mengalahkan orang mengandung mengidam lagaknya..he3). Akhirnya jumpa juga satu kedai yg menjual bubur tu..Alhamdulillah..Mama minta satu bekas (dalam hati dah seronok sungguh dan dah terbayang rasanya ditekak ni..).Setibanya mama dirumah ,tanpa berlengah terus mencari pulut untuk dicecah..Bila sampai dimulut (ikk awat rasa lain jer bubur ni..rasa pisang pulak..).Bila dicheck rupanya pekedai tadi tersalah masuk/tertukar bekas bubur..masa tu rasa macam nak menangis jer..(awat sikit2 nak menangis..he3)
Mama dah start nak menyanyi lagu "Batu Belah ,Batu Bertangkup " tu kat dapur .. Kononnya kempunanlah..(mcm tak pernah makan jer..). But secara tiba2 ayah mencelah.."Mama , kalau kita faham konsep rezeki dan redha.. Si ibu dalam cerita itu takkan suruh batu belah tu tangkup dia ... dah bukan rezeki dia untuk dapat makan telur ikan itu..Tetapi telur tu dah jadi rezeki anaknya..Kalau Si ibu redha yang telur tu bukan rezeki dia..takkan suruh batu tu telan dia.."
Sebenarnya ayah nak kaitkan mama dengan cerita tu..he3. Tiba-tiba terasa malu plak..Yelah bukan rezeki mama untuk makan bubur durian tu petang tadi..so redha sahajalah..(hati pun jadi tak sakit)
Moral dari cerita ini ialah..:
Dalam menghadapi pelbagai perkara dan masalah , kalau kita faham konsep rezeki dan redha..hati kita akan tenang dan kepala jadi tak serabut..
Nasihat yang simple but sangat berkesan buat mama petang ini daripada ayah (thanks ayah)
18 ulasan:
wah..nampak mudah tapi mendalam maknanya...
konsep rezeki dan redha ni boleh diterima pakai setelah berusaha. Dalam erti kata lain usaha diikuti ikhtiar dan tawakkal. Kalau x berjaya mendapatkan sesuatu itu adalah qada dan qadar kita dan di situ kita harus percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Konsep ini kalau dihayati mampu meningkatkan ketaqwaan dan kesyukuran kita kepada-Nya
nasihat ayahnya kepada ibunya....
Selamat datang Kaito..
Doku,,perlu dah berusaha dan seterusnya bertawakkal..
Detektif..memang selalu kena nasihat dengan ayah..he3
ZUREEN, skang ni durian dah tak bermusim lagi. Merata leh dapat. Beli jer sebiji, buat sekawah. Makan puas-puas. Nak best lagi, ajak Kak Azie tolong perabih sama.. hehehehe..
Kak Azie..yang nak membuatnya tu susah sikit (sbb zureen jer yg suka makan bubur2 ni..he3)
Tak berapa nak berbaloi2..he3(sbb mkn sorang..jom mkn sama2 kak azie)
lorh...cian nyer...tertukar lak bekas tu..huhu..mesti sedey kan..xpe2..mane tau lain kali ade rezki kan..
ckp sal bubur durian nie..niesz plak da teringin ni..hehe..
Niesz..jomlah sama2 mkn bubur durian tu..
Petang ni nak pergi beli sekali lagi..he3
setuju ngan hubby zu. klu mmg bkn rezeki kita, dh sampai ke mulut pun, pasti akan keluar juga.
Kalau bukan rezeki, dalam mulut lagikan tak tertelan...InsyaAllah ada hikmahnya tu...
Kak AIn..tepat sungguh pepatah tu..
Kak Tirana..agaknya bubur tu manis sgt kot..he3(terhindar dr kencing manis..)
wahhh,..
mmmg mendalam r..
xpe2 try cube cari ag..hehe
bagusnye cara ayah ^^
lemah lembut tp bermakna..
saya bersekolah di sekolah kebangsaan batu belah klang...
hehehehhe
bagus2 story taller.. nk posting mcm ni lagi. menarik
saya zu-
dari www.zuwairiaiman.com
Catat Ulasan