Sudilah menjadi teman

Khamis, 25 Februari 2010

Nak Pergi Kemana Puan ??

Rasanya dah lama tak naik teksi , sejak dah mempunyai driver sendiri (hubby) dan kadang-kadang kena jadi driver juga(untuk anak-anak)..

Mama bukan nak bercerita pasal teksi but tentang destinasi yang nak dituju.

Pemandu : Nak kemana encik??
Penumpang yang blur(mungkin lepas putus cinta) : Jalanlah kemana-mana sahaja..

(Pemandu yang turut jadi blur pun pandulah teksi pusing-pusing satu bandar berjam-jam sampai minyak habis..)..Macam dalam drama TV jer kan..

Actually perbualan diatas hanya sebagai kiasan jer..Kaitannya dalam kehidupan ialah kita perlu pastikan apakah matlamat hidup (destinasi) dan apa yang kita mahu capai ..apa yang kita inginkan dalam hidup..

(matlamat pun ada 2 jenis jangkamasa pendek dan panjang..wah!! citer mcm pakar motivasi plak..wakaka..)

Bagaimana kita boleh berharap akan sampai , apabila kita tidak tahu kemana kita mahu pergi?? dari salah sebuah buku motivasi ..

Tapi make sure matlamat itu "tetap" jika tidak samalah seperti kita pada mulanya memandu ke Giant (nak pergi shopping ler..), dah berejam memandu ubah fikiran nak ke Carefour pula, lepastu bila dah hampir sampai ubah fikiran nak ke Tesco plak..grrrr..

Bila masa kita nak sampai ?? Berapa banyak minyak yang terbazir (usaha) dan masa perjalanan yang terbuang sia-sia ?? Itu tak kira lagi bebelan penumpang disebelah (he3)

Moral of the story: Pastikan mulai sekarang matlamat yang tetap yang hendak dicapai..

Kalau tak ikut matlamat (dlm isu sopping) itu yg buat terbabas beli benda yg bukan2 (iskh mcm cakap pasal diri sendiri plak..)

12 ulasan:

azieazah berkata...

Tapi biasanya, kalu seseorang tu nak ke toilet, jarang melencong ke tempat lain.... hehehehe..

ain berkata...

akak pulak pernah gi giant, pas tu gi carrefour, last sekali gi tesco sbb cari barang tak jumpa. ngan satu matlamat, cari novel. hehehe

alang berkata...

Mcm tu jugak kehidupan, sebelum bermula sesuatu perjalanan, kita dah tetapkan matlamat.

Tetapi apabila tiba di tgh jalan, matlamat kita akan bertukar seiring dengan pengalamn yg kita perolehi. Contoh mcm nk ke Giant tapi di tgh jalan melencong ke Tesco.

Actuly, klau tgh perjalanan tu, kita terpandang iklan/promosi yg murah berkali ganda barang dekat Tesco dibandingkan dengan Giant, buat apa kita trus ke Giant. ;)

Tak salah bertukar matlamat asalkan untuk kebaikan.

zureen @ mama berkata...

Kak azie..maknanya MATLAMAT TETAP seseorang waktu itu ialah TOILET..hehehe..

zureen @ mama berkata...

Kak Ain dapat tak nocel tu..he3

Itu bermakna kak Ain punyai keazaman yg tinggi bagi mendapatkan sesuatu matlamat..(errr novel tajuk apa??macam best jer..sharelah..)

Bb Hussain berkata...

nyatakan apa yang kita mahu dan berusahalah ke arahnya..jangan berlengah-lengah..hehe

zureen @ mama berkata...

Salam perkenalan Alang..

Yelah asalkan matlamat yg baik ...

Sekarang ni banyak jualan murah(semua kedai ckp ada harga baik punye..he3).

Pandai-pandailah kita pertimbangkan dengan sebaik-baiknya..

Biasanya matlamat dibuat setelah ditimbang dari segala sudut..barulah ditetapkan keputusan(pendek kata sebelum kuar umah lagi..he3)

zureen @ mama berkata...

Yelah Bibi usah membuang masa..chaiyok...

ckLah @xiiinam berkata...

...salam Maulidur Rasul...

zureen @ mama berkata...

Salam Maulidur Rasul Ck Lah..

KTS berkata...

matlamat mmg dah tetap.... tp kdg2 tergelincir sikit.... ;D

.
.

moralnya : bila nak gi shopping jgn bawa duit byk2 :D

zureen @ mama berkata...

KTs..kalau bawak duit banyak sikit kemungkinan lari dari matlamat asal mungkin tinggi sedikit...he3