Sudilah menjadi teman

Selasa, 23 Februari 2010

Sampai Termimpi-mimpi...

Petang semalam kelihatan awan mendung dilangit ..Hati dah berbunga-bunga riang sebab menjangkakan malam gerenti akan hujan..Maka akan sejuk sikitlah udara dan persekitaran(ada peluang tidur lena ni..he3)

Tunggu..punya tunggu..punya tunggu still tak hujan gak..Jam dah menunjukkan pukul 12 malam ni..(ibarat menunggu nuff yang takmo muncul-muncul itu..huhuhu).Mama terus masuk tidur tanpa setitis hujan pun mengiringi dengkuran malam tadi..

Entah macam mana boleh mimpi hujan turun dengan selebat-lebatnya (sejuk jer..).Rasanya nyaman ajer..Rupa-rupanya malam tadi ayah bawak masuk kipas extra dalam bilik (so angin kuat macam ribut..itu yg jadi mimpi hujan ..wakaka..)

Anyway thanks ayah sebab prihatin..(itulah bilik sendiri yg ada aircond takmo tidur..nak gak tidur bilik tetamu ,sendiri kena ingat..he3)


17 ulasan:

Tirana berkata...

Betulla...sangat panas sekarang ni..kadang-kadang hujan turun pun, suhu tak jadik sejuk juga..hehehe..Bil letrik tentu melonjak naik sebab selalu pasang aircon

eQuRlz berkata...

nape xnk tido kt blk sndri yg ade aircond?

kakchik berkata...

cuaca yang panas skrg ni, buat kakchik selalu sakit kepala.

sepanjang waktu keje dok dalam ofis yang sejuk beraircon, keluar nak balik petangnya, rasa macam bahangnya betul2 di kepala.

memang senang jatuh sakit kalau tak hati2.

kakchik takleh tido dlm bilik aircon, nak bangun susah.

azieazah berkata...

Hmmm... macam kes owang majuk jerrr? kalu tido kat bilik lain, selalunya sbb majuk. heheheh..

Mujor tak mimpi ujan.. tapi bila bangun rupanya terkencin atas tilam.. hahahaha..

black_mel berkata...

baiknyer ayah kan...dh besar2 pun dia still care pasal kita..

zureen @ mama berkata...

Kak Tirana..memang sekarang agak berbahang walaupun malam..

Sama-samalah kita teka berapa bil elektrik bulan ni..he3(mcm teka kacang plak rasanya..)

zureen @ mama berkata...

Adik ..kami jadik jaga buat sementara waktu kat bahagian bawah so kenalah titon bilik tamu yg tiada aircond itew..

zureen @ mama berkata...

kak Chik..zureen pun tak berapa serasi tidur bilik air cond..Bangun mesti sakit tekak..huhuhu..

zureen @ mama berkata...

Kak Azie..kitaorang jadik jaga sbb takut pencuri masuk umah bahagian bawah ni..(errkk dulu pencuri masuk dr atas jugak..huhuhu)

Kalau zureen mimpi berenang dalam swimimg pool.mungkin dah terkencinglah tu..wakaka..

ain berkata...

ahad lps kat tpt kak ni punyalah gelap langit mcm nak hujan selebat2nya. akak drive pun kena bukak lampu. 2ggu punya 2ggu tak gak hujan turun. alahaiii!!!

zureen @ mama berkata...

Siapa lagi kalau bukan dia punye kerja..lalala

Ayah dalam cerita ini ialah hubby saya..he3(memang sah tanggungjawab dia ..yeke???)

zureen @ mama berkata...

Kak Ain ..esok mesti hujan petang sbb ..esok ada pasar malam..

Dah 2 kali tak dapat pergi sbb hujan every Rabu..he3

perempuan ITU berkata...

hikhik

baik nye la papa dia bawa kipas ye

zureen @ mama berkata...

Memang baik..kalau tak baik..grrrrrrrrr..he3

taqie berkata...

hahaha..sama la..bilik sendiri ada ircond..tapi prefer tdo tempat lain..sometimes je tdo bilik sendiri..eheh..

p/s : ayah sangat berharga dalam hidup .. :)

zureen @ mama berkata...

Samalah kita..tak tahan tido bilik air-cond sebenarnya..

full of love,keyna berkata...

yela.skrg ni cuaca panas sgt.awat tak duk kt bilik?kn ade aircond.hehe